As-Salam. Followers atau pengikut blog merupakan antara ciri yang menjadi tarikan buat sesebuah blog. Blog yang punyai ramai followers secara amnya menunjukkan bahawa blog tersebut adalah antara blog yang popular. Namun, seperti HH pernah katakan sebelum ini, blog yang popular tak semestinya ada ramai pengikut, dan blog yang ramai pengikut pula .... tak semestinya merupakan seorang blogger yang bagus.
Bagi seorang blogger seperti HH, apabila blog ramai pengikut, ia bererti blog anda sudah ada pembaca tersendiri. Ia juga memberikan satu motivasi buat HH untuk terus berkongsi apa yang HH tahu menerusi blog. Pengikut blog seolah macam satu 'tangkal ajaib' memberikan aura tersendiri, baik untuk blogger mahupun untuk mereka yang singgah di blog tersebut.
5 Tips Mendapatkan Follower Yang Ramai
- Jadilah yang pertama dan terdahulu menjadi follower blog orang lain. InsyaAllah, satu yang diberikan .... akan dapat sepuluh nanti. Janji ikhlas.
- Hindarkan menjadi follower hanya untuk satu-satu tujuan, tetapi anda memang mahu menjadi follower (tidak termasuk contest atau segmen). Tujuan yang dimaksudkan ialah .... "Follow me back after i follow u".
- Follow blog yang sedikit followers, bukan yang dah berjela followers.... insyaAllah...anda akan teruja bagaimana blog yang tidak ramai followers ini mempopularkan blog anda nanti. Yang akhirnya nanti, akan memberikan followers baru untuk blog anda pula.
- Sentiasa meninggalkan komen di blog-blog yang popular dengan isi komen membina. Jadilah blogger yang sering muncul di blog-blog popular ini - samada menjadi pengomen terbanyak dan sebagainya. Pastikan ada url blog anda :).
- Blog anda mesti sentiasa update, agar sentiasa segar bugar.
InsyaAllah, dengan tips yang HH berikan, anda akan dapat membina rangkaian pengikut yang bertambah dari sehari ke sehari tanpa perlu anda nak rayu-rayu atau memohon simpati. Ikhlas pasti.
... sayangnya blog Wordpress tidak ada plugin follower macam blogspot punya. Saya tidak fokus sangat pada jumlah follower, sebab obses dengan kualiti entri dan jumlah entri.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.