As-Salam. Untuk buat blog yang baik, seorang blogger perlu ada ilmu dan pengetahuan mengenainya. Paling tidak pun adalah pengetahuan yang paling asas. Ini bukan rekaan, malah dalam setiap tindakan dan keputusan kita perlu berdasarkan kepada ilmu dan juga pengalaman. Dari ilmu, kita meneroka setiap perkara untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman.
Ilmu adalah cara untuk memula dan memilih. Dan pengalaman pula didapati daripada ilmu yang dipraktikkan.
7 Ilmu Blog Yang Perlu Blogger Tahu
- Ilmu Untuk Buat Blog - Simple je ni, klik register atau daftar, pilih template ... dah ... bagi HH ramai yang pakar dan tahu pasal ni. Cumanya, pilih antara platform percuma atau berbayar.
- Ilmu Untuk Menulis Entri - Tulis entri perlu ada pengetahuan juga, bukan main sebarangan, sebab kena tahu selok belok perkara yang boleh dan tidak boleh, apatah lagi andai anda mahu pihak pengiklan memilih blog anda untuk iklan istimewa. Perlu tahu sedikit sebanyak undang-undang dan pantang larang dalam menulis entri.
- Ilmu Untuk Mempopularkan Blog - Dah ada blog, mesti tahu untuk buat blog anda dikenali, dikunjungi dan dibaca. Dari situ, anda akan ada pengikut, ada pembaca setia dan mungkin peminat.
- Ilmu SEO Untuk Enjin Carian - Apabila anda semakin lama berblog, ilmu SEO patut anda pelajari agar blog anda sentiasa 'hidup' dan beri manfaat pada orang lain.
- Ilmu Untuk Mendapatkan Pendapatan Menerusi Blog - Bila dah ada blog, bila blog dah popular, bila blog sudah tersenarai dalam enjin carian, maka anda bolehlah mempelajari bagaimana blog menjana pendapatan untuk anda.
- Ilmu Untuk Blog Terus Relevan - Kena tahu bagaimana nak memastikan blog anda terus-terusan dikunjungi, di sini anda perlu tahu fungsi dan kelebihan perkongsian, kena bijak menggunakan platform seperti Facebook, MySpace, LinkedIn, Twitter, Google Page dan sebagainya agar blog sentiasa mendapat trafik.
- Ilmu Untuk Tutup Blog - Haa ....jarang ni ...tapi perlu tahu apabila blog anda sudah lagi tidak diperlukan, anda perlu tahu cara nak menutup blog anda. Macam buka pintu, kena tahu juga nak tutup pintu ... ye tak? Agak-agak dah tak mahu berblog, maka tutuplah blog tu ... melainkan anda ada agenda yang lebih besar dan penting walaupun setelah anda tiada di dunia ini.
Okeh. Rasanya cukup kot bahagian-bahagian ilmu dalam berblog ini yang harus anda tahu. Anda boleh je langkau mana-mana, tapi hasilnya nanti janganlah diharapkan bagai gunung tercelapak di depan anda. Ilmu teras hidup, begitu juga ilmu blog ... teras untuk blog itu terus hidup.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.