As-Salam. Baru-baru ini seorang blogger aktif dan juga seorang kaki tweeter telah berkongsi satu ilmu dengan HH mengenai bagaimana untuk meramaikan follower di laman sosial Twitter. Hmm mungkin dia tengok akaun Twitter HH ada seciput je follower nak dibandingkan dengan jumlah tweets yang dah lebih 11 ribu tu ....
Tips Meramaikan Follower Twitter
- Elakkan cerita yang terlalu peribadi diterbitkan. Kadangkala orang meluat dan malas nak baca.
- Tweets perkara-perkara yang meransang minda, nasihat atau benda yang bersifat umum tetapi punyai signifikan dalam kehidupan seharian.
- Sentiasa berinteraksi dengan mereka yang follow Twitter anda.
- Ucapkan terima kasih kepada mereka yang dah follow anda.
- Retweet apa yang diterbitkan follower anda, yang relevan sahaja.
- Jangan menyampuk perkara yang anda tak tahu di dalam tweet.
- Pastikan selang-masa tweets anda itu tidak menyemakkan paparan tweets orang lain.
- Jika anda blogger, kurangkan tweets pasal blog anda kerana menampakkan kurang interaksi.
Haa... amacam... boleh pakai tak? Ada tu .. HH sengaja tambah jadi perisa berdasarkan pengamatan pada beberapa orang blogger (terutamanya).
Nak jadi rakan HH dalam Twitter? Sila klik sini: Twitter HasrulHassan.com
Selamat mencuba.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.