As-Salam. Menarik sungguh, ini satu usaha oleh kerajaan untuk memastikan bahawa setiap penduduk dan rakyat di negara ini mendapat capaian serta akses internet yang mudah dan murah. Untung sungguh buat blogger yang tinggal di Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu serta Pahang, kerana akan menikmati kemudahan pakej jalur lebar serendah RM20 sebulan.
Apa yang menariknya ialah, pakej serendah RM20 ini menawarkan tahap kelajuan broadband yang cukup memuaskan iaitu dari 512kbs sehingga 1Gb! Pakej ini dinamakan Pakej Mampu Milik Jalur Lebar 1Malaysia.
Pakej Mampu Milik Jalur Lebar 1Malaysia
Pakej ini bakal ditawarkan kepada pelanggan di negeri-negeri yang disebutkan bermula 16 September 2012 ini. Menerusi pakej ini, anda boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan tanpa wayar dengan caj RM20 hingga RM25 sebulan bagi kelajuan 512 kilobait sesaat (kbps) hingga 1 megabait sesaat (mbps) manakala perkhidmatan berwayar pula RM38 dengan kelajuan minimum 384kbps dengan kapasiti tanpa had. Ia bakal disediakan dan ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tidak lama lagi dengan syarat-syarat kelayakannya bakal diumumkan kelak.
Haa ... best tu. HH pulak sedang menunggu ketibaan Unify di tempat HH ni, nak merasa betapa hebatkah kelajuan Unify yang heboh diperkatakan kawan-kawan blogger yang lain.
Laju kot.. Blm ada jugak
ReplyDeleteKat Kedah tak dak ka?
ReplyDeletebaik pakai wayar tak dea HAD..harga lebih kurang jea
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.