As-Salam. Ramai antara kita buat blog adalah sekadar suka-suka, seronok-seronok. Maksudnya, buat blog sebab ... kemungkinan je la ehh .... sbb adik dia ada blog, maka dia pun nak ada blog; kawan ada blog, maka terasa nak buat blog jugak; atau nampak banyak blog yang cantik-cantik maka dia pun nak ada yang cenggitu jugak. Dek kerana ini, banyak blog muncul setiap hari sehinggakan ada yang berpendapat mereka yang buat blog secara suka-suka ini sebenarnya menyemakkan dunia blog Malaysia.
Satu pendapat, yang mungkin anda dan HH kena fikir .... tapi tidak boleh meletakkan hukum, sekadar berkongsi apa yang yang difikirkan.
Ya, mungkin pada awalnya mereka yang berblog secara suka-suka ini seperti buat blog tanpa arah dan tanpa tujuan. Tapi, HH berpendapat setiap sesuatu perlu ada permulaan, kelak yang jadi satu perkara yang suka-suka akan jadi satu obsesi dan mungkin leh jadi satu blog yang menjadi pujaan ramai.
Weih.... HH pun awal-awal buat blog pun sekadar seronok-seronok gak. Dan ramai blogger yang terkenal pun gitu gak, seronok-seronok untuk berkongsi cerita mereka, seronok-seronok untuk berkongsi minat mereka... kan kan?
Semak dunia blog? Hmm menyemarakkan .... itu yang sesuai.
Errr jika tidak blogger yang sekadar seronok-seronok buat blog ni yang beri blog anda trafik, yang jadi pengikut blog anda, yang jadi pembaca setia anda ..... mana mungkin anda boleh jadi seorang blogger yang disegani dan dikenali .... ye tak?
Maka, dari dok kata mereka buat blog secara suka-suka ini semakkan dunia blog, adalah lebih baik bantu mereka buat blog dengan lebih baik .. ye tak?
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.