As-Salam. Blog adalah satu medium penulisan, maka untuk memberikan ekspresi emosi memang sukar. Hanya satu-satunya cara adalah untuk ekspresi emosi kita menerusi penulisan di dalam blog ialah dengan menyatakan apakah emosi kita semasa menceritakan apa yang dikongsi di dalam blog.
Jika mahu cara menulis dengan emosi ini, anda boleh belajar menerusi penulisan skrip. Selalunya di dalam penulisan skrip, anda boleh letakkan situasi serta perasaan yang perlu ada untuk membaca beberapa baris ayat yang ditulis. Maka, untuk penulisan di dalam blog, anda bolehlah buat cara dan kaedah yang hampir serupa.
Anda juga boleh menggunakan warna serta saiz tulisan untuk pernyataan emosi anda.
Contohnya; tajuk entri anda - Marah Dengan Klip Video Hina Nabi. Awal-awal entri anda boleh tulis satu pernyataan perasaan dengan warna merah sebagai satu tanda.
"Aku MARAH dengan penerbit dan juga pihak yang bertanggungjawab dengan klip video hina Nabi .... ...."
Itu antara salah satu cara yang paling mudah dan senang. Tetapi ada cara lain yang lebih menarik dan boleh memberikan impak yang berbeza untuk blog anda, iaitu dengan penggunaan gambar.
Menyatakan Emosi Menerusi Entri Bergambar
Namun, cara yang paling best, menarik dan insyaAllah akan bukan sahaja menambat hati pengunjung untuk terus ke blog dan membaca kisah anda ialah ... dengan menyertakan entri anda tersebut dengan gambar. Gambar boleh menjadi sebagai ganti penyataan emosi anda dalam entri tersebut. Dan ianya lebih menarik, lebih nampak 'hidup' dan menjadikan entri anda tidak boring untuk dibaca (bukan macam blog HH ni yang kurengggg gambo).
Cubalah. Gunakan gambar sebagai pernyataan emosi di dalam entri anda. Gambar tak berapa cun pun tak apa. Dengan sedikit kreativiti, anda boleh tampilkan sebuah entri yang punyai kesan emosi yang menarik... insyaAllah.
Kredit Foto: Riko Tooney
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.