As-Salam. Memang tidak dinafikan, faktor gambar yang cun, cantik dapat menarik pengunjung ke blog, samada menerusi web agregator ataupun menerusi trafik organik, iaitu dari enjin carian. Gambar secara tak langsung bukan sekadar menjadikan entri lebih menarik, tetapi juga mencantikkan blog kita. Tetapi, apabila seorang blogger meletakkan gambar dalam blog yang boleh menaikkan syahwat, ohhh itu lain punya cerita.
Nak letak gambar, bolehlah letak. Macam yang HH tulis sebelum ini, buat blogger wanita, pastikan gambar itu sesuai ditatap oleh golongan bukan muhrim; begitu juga buat blogger lelaki ... walaupun anda lelaki, anda juga bertanggungjawab untuk menjaga blog anda dari menjadi tempat atau sumber orang lain melihat sesuatu yang tidak patut dilihat.
Gambar Dalam Blog Yang Menaikkan Syahwat
Gambar dalam blog yang menaikkan syahwat ..... kadangkala gambar biasa sahaja, tetapi mungkin sebab aksi dan lagak, ia menjadikan satu gambar biasa itu boleh membuatkan seseorang itu jadi tak karuan. Sampaikan ada yang buat perkara tak senonoh .... erkkk ....
Fikir baik-baik, dan berhati-hati apabila anda ingin memuatkan blog anda dengan gambar, terutama gambar anda sendiri. Walaupun gambar anda itu lengkap berpakaian, fikir balik ... adakah gambar itu boleh menjejaskan nafsu seseorang? Awas ..... jangan sampai gambar anda yang anda fikir sangat baik itu ... disalah guna oleh mereka yang otak biru.
Lelaki pun ..... mungkin gambar itu tak ada apa kesan pada nafsu syahwat anda, tetapi tingkatan iman dan tahap nafsu serta syahwat adalah lain-lain .... maka, perlu waspada.
*p.s: Kadangkala HH pelik juga dengan perangai setengah manusia ... tengok buah betik pun boleh jadi tak tentu hala ...adehhhh ... tu kena kawin cecepat tu.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.