As-Salam. HH memang tabik dengan JKKK Kampung Padang Jawa, Klang, Selangor yang berjaya kuatkuasakan peraturan menghormati waktu Maghrib pada pasar malam yang dibuat di kampung mereka. Pasar malam ini dah wujud sejak tahun 1970 dan punyai lebih daripada 50 peniaga yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Sepatutnya peraturan begini dibuat buat semua pasar malam di Malaysia ni. Apa yang kita nampak ... kebanyakkan pasar malam di Malaysia, bila waktu Maghrib ... time inilah paling ramai yang akan singgah... dan HH pun tak terkecuali dalam kelompok ini .... haishhhh.... 

Peraturan yang digunapakai oleh JKKK Kampung Padang Jawa merupakan idea yang diketengahkan oleh Pengerusi JKKK Kampung Padang Jawa, Saian Asmawi, 61, selepas Kerajaan Negeri (sekarang) mengambil alih daripada pentadbiran sebelumnya.

Pasar Malam Tutup Hormati Waktu Maghrib


Memetik dari Sinar Harian:


.... Tiupan wisel sejurus azan Maghrib, lampu gerai dan urusan jual beli dihentikan serta merta. Tiada urus niaga dibenarkan selama 20 minit! Dalam tempoh itu, peniaga dan pengunjung Islam, ramai-ramai menunaikan solat Maghrib di masjid sementara bagi bukan Islam mengikuti arahan penuh hormat dan bertanggungjawab. 
Pengalaman ini bukan baru, malah inisiatif Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Padang Jawa itu dipraktikkan sejak 1 Januari 2010 lalu.

Tinjauan Sinar Harian Jumaat lalu mendapati, peniaga dan pengunjung menyambut baik praktis ini menyokong penuh tindakan tersebut sebagai satu langkah pembaharuan bagi menghormati waktu solat dan menghormati Islam.

Tiada apa yang mustahil. Jika Islam itu dihormati oleh orang Islam sendiri, insyaAllah .... yang lain akan pandang tinggi. Hanya kita yang boleh merubah pandangan orang lain, bukan memaksa mereka tetapi dengan cara tarbiyah Islamiah.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement