As-Salam. Adalah penting untuk mengkategorikan setiap entri kita. Ia bukan sahaja beri kemudahan buat kita sebagai pemilik blog, tetapi juga memberikan kemudahan buat pengunjung menyemak atau membaca entri-entri lama yang berkaitan dengan kategori sesuatu.

Dalam blogspot, entri-entri yang berkaitan akan disusun berdasarkan label. Dengan menggunakan fungsi label yang ada pada blogspot anda boleh kategorikan entri-entri anda. Label dalam blogspot bukan sahaja untuk mengelaskan entri anda sahaja, tetapi juga bertindak sebagai sistem tag yang boleh anda manfaatkan untuk enjin carian atau SEO.

Anda boleh letak seberapa banyak label untuk sesuatu entri tetapi harus bijak untuk menyenaraikannya dalam satu kategori, dalam satu tag, atau berdasarkan kata kunci. Semua ini boleh dilakukan dengan membuat pemilihan label yang sesuai dan diletakkan di dalam blog anda.

Contohnya, anda boleh buat satu entri bertajuk - Nurul Syuhada, Pengacara TV3 Letak Jawatan. Menerusi label, anda boleh letakkan label-label berikut: Nurul Syuhada, Pengacara Popular, Berita Selebriti, Berita Sensasi, Isu Semasa, Nurul Syuhada Letak Jawatan ....

Anda boleh pilih untuk paparkan ikut kategori di dalam blog dengan memasukkan label Berita Selebriti atau Berita Sensasi atau Isu Semasa sebagai kategori.

Manakala Nurul Syuhada, Pengacara TV3 Letak Jawatan boleh anda letakkan sebagai tag untuk enjin carian.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement