As-Salam. Kesilapan boleh berlaku, kerana ini sifat yang ada pada manusia marhein seperti HH dan anda. Dan dalam menulis blog pun, kadangkala kerana ingin cepat .... kita akan terlepas melihat perkara-perkara ini - kesilapan dalam menceritakan sesuatu di dalam blog

Sebagai pembaca sesebuah blog, apabila kita membaca entri ... pertama sekali kena lapang dada, fahami betul-betul apa yang ingin disampaikan. Ada masa .... sesetengah blogger tu di awal entri ia bercerita soal lain, tetapi di tengah dan akhir ada cerita di sebalik meee goreng mamak yang ingin cuba disampaikan.

Sebagai pembaca blog, elakkan dari bersifat cepat menilai dan menghukum. Lebih baik bertanya dahulu dari terus membuat kesimpulan. Bukan semua perkara kita akan faham pada maksud yang sama.

Sebagai orang yang menulis blog, menerima pandangan orang lain adalah perlu dalam menjadikan blog serta entri kita mesra, dan disukai pengunjung. Di sinilah fungsi ruang komen ... bukan dijadikan tempat nak sumpah seranah maki hamun atau meletakkan hukuman pada sesuatu yang anda sendiri belum tentu ahli mengenainya.

Kita sama-sama manusia, belajar dan belajar serta sering saling mengingatkan. Kita hamba Tuhan yang sudah ada diberikan panduan. Panduan itulah yang kita gunakan.

*p.s: Dalam Al Quran ada menyebut, kalau kita tidak tahu ... maka bertanyalah pada yang tahu. Ia adalah bagi kita belajar dan mengelakkan dari melakukan kesilapan dan salah. Dan sentiasa tawaduk dan menerima pendapat walaupun kadangkala ia datang dari mereka yang lebih rendah pengetahuan dan pengalamannya. Allah itu Maha Adil.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement