As-Salam. Dunia blogger Malaysia akan aman tenteram andai setiap blogger ambil sikap untuk bersangka baik dalam setiap entri, dalam setiap catatan, dalam setiap komen, dalam setiap tindakan yang dilakukan menerusi blog. Sikap untuk menjadi blogger bersangka baik adalah sikap yang patut diterapkan agar kita semua akan berasa lebih seronok untuk berada di dalam dunia blog Malaysia.
Mengapa Perlu Jadi Blogger Bersangka Baik
Bersangka baik atas setiap entri, atas setiap komen akan membuat kita berfikiran positif, tidak mudah melatah, tidak berdendam, tidak mencemburui, tidak menikam dari belakang dan membolehkan kita sendiri menulis entri dengan aman dan semakin seronok untuk berkongsi cerita. Bersangka baik tidak mengira agama, bangsa dan keturunan, status dan corak pemikiran, mahupun ideologi politik.
Seperti HH ada tulis dalam entri-entri terdahulu, nak buat entri kena dalam keadaan seronok, dan bebas dari amarah. HH juga ada beri tips untuk mendapatkan banyak followers, banyak komen, adalah sentiasa bersikap terbuka dengan teguran, dan perbaiki mana yang perlu ..... sebab ia adalah untuk kebaikan diri juga. Mana ada orang bagi nasihat untuk hancurkan diri ...kan kan?
Mari menjadi blogger yang sentiasa bersangka baik, walaupun kadangkala ada sedikit menghiris, walaupun ia boleh membuat kita bertukar menjadi 'harimau' ... hehehee....
Sabar dan bersangka baik. Andai dalam dunia blog kita boleh buat, insyaAllah .. dalam dunia realiti pun gitu juga... kan aman damai gitu?
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.