As-Salam. Ini sebenarnya satu ilmu baru, ilham yang HH dapat untuk menjana pendapatan menerusi blog serta laman sosial. Haaa...mesti ramai yang suka dengan tajuk entri ini kan? Yelah, duit tu ... dengan duit, boleh buat macam-macam .... dan dalam dunia serba canggih kini, duit itu sampai boleh membuatkan seorang jadi gila dan keluarga jadi porak peranda.

Buat duit menerusi blog serta laman sosial menggunakan medium pengiklanan, contohnya Churp Churp dan juga Says.my adalah antara yang popular. Kedua-duanya merupakan medium iklan yang membolehkan anda untuk memilih jenis iklan yang ingin anda sebarkan dan mendapat sedikit pendapatan menerusinya.

Lupakan soal Nuffnang, Advertlets atau Innity yang memberikan keupayaan terhad untuk kita memilih iklan yang kita ingin atau disiarkan di dalam blog dan laman sosial.


Tips Dapat Duit Online Menerusi Blog dan Laman Sosial


  1. Pilih iklan yang ada kaitan dengan tema ataupun apa yang kerap anda ceritakan dalam blog. Contohnya, blog anda sering ceritakan soal percutian keluarga, jadi anda boleh selitkan iklan-iklan seperti diskaun penerbangan MAS mahupun Air Asia di dalam entri anda.
  2. Pilih iklan berdasarkan warna. Blog anda banyak warna hijau, jadi bolehlah letak iklan mengenai alam sekitar atau boleh letak iklan tentang MILO ... sebagai contoh. Warna ini nampak sedondong dan mungkin akan memberikan klik pada iklan yang anda letakkan dalam blog.
  3. Gunakan sistem tag atau kategori dan menyelitkan iklan teks anda di dalam kategori tersebut. Contohnya, anda letakkan satu sudut kategori di dalam blog anda di mana menyenaraikan entri-entri berkaitan kesihatan, maka bolehlah selitkan link atau iklan teks yang ada kaitan dengan kesihatan.
  4. Menerusi twitter atau facebook .... sebelum anda menyelitkan link iklan tertentu, anda bercerita dahulu mengenai perkara tersebut terlebih dahulu secara santai menerusi status anda. Dan apabila makin ramai yang beri respon dengan apa yang anda ceritakan, barulah anda selitkan link kepada sesuatu iklan - dengan syarat ia ada saling kait.
  5. Cuba highlightkan link iklan dengan warna-warna tersendiri. Kadangkala, warna yang kontras ini memberikan tarikan untuk pengunjung klik pada iklan teks anda.
  6. Buat entri mengenai iklan tersebut. Cerita dahulu .. dan akhirnya anda berikan link ke sesuatu iklan. Penceritaan yang lebih menarik akan membuatkan orang bertanya-tanya dan akhirnya membuat klik pada iklan teks yang disertakan.

Ok. Itu sahaja ilham yang HH ingin kongsikan kepada anda semua. Semoga anda berolah kejayaan. Cuma jangan terlalu mengejar sangat perkara ini .... kerana takut nanti lari pula semangat unggul dalam berblogging ni.

Selamat mencuba. Kalau tak berjaya ....jangan salahkan HH pula yer ..hehehehe... :P

*p.s: Belum cuba belum tahu. Allah SWT meminta kita sentiasa berusaha dan belajar.



Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement