As-Salam. Blog yang ceria memang syok dilihat, tetapi terlalu banyak warna yang digunakan dalam menyediakan layout ada kala menjadikan blog kita agak semak, dan mengelirukan. Lagipun, ia juga akan memberatkan blog kita dan menyukarkan pengunjung untuk melayari atau menjenguk setiap isi kandungan yang ada dalam blog.
Blog Jadi Sarkis
Cuba bayangkan, jika anda pergi funfair atau sarkis. Tempat-tempat begini memang penuh warna-warni, apabila anda masuk ... anda tentu rambang mata, keliru nak pilih yang mana satu nak tengok, mana satu nak main .... apatah lagi jika pertama kali masuk.... oishhh ...boleh sesat dibuatnya.
Lainlah, andai anda memang pengunjung setia. Dah biasa, dan dah tahu. Kenal lak tu dengan pemilik.... haa tu tak ada masalah.
Minimakan Penggunaan Warna Blog Dalam Paparan Utama
HH kongsi tips - blog yang baru, andai mahu ada pengunjung tetap, minimakan penggunaan warna dalam blog. Paling maksimum adalah 5 untuk paparan utama. Paling baik adalah 3 warna. Oh ya .... hitam dan putih dikecualikan ...:). Pastikan warna-warna yang digunakan signifikan dengan tema, layout serta beri maksud tertentu - contohnya biru untuk warna sidebar, kuning untuk link dan sebagainya.
Andai nak buat blog anda berwarna-warni, pasang 'papan tanda' dengan jelas. Biar orang tak sesat larat.
hihi..blog sarkis...sy pilih kaler merah ...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.