As-Salam. Semasa mula-mula anda buat blog, apakah harapan anda? Tentu masing-masing ada target sendiri, tentu ada harapan yang diimpikan, tentu mahu capai sesuatu? Setelah beberapa lama berblog, adakah impian anda sebagai seorang blogger terlaksana? Dapatkan semuanya dicapai oleh anda menerusi blog yang anda sayangi tu?
Tak semua ... dan ada juga blogger yang hampa kerana tidak dapat memenuhi apa yang mereka impikan. Cuba selidik balik apakah kelemahan pada blog anda, jangan cepat putus asa. Banyak perkara yang boleh mempengaruhi, apa yang perlu anda buat, ialah menilai tahap blog anda, dan lihat kaedah dan cara yang telah anda lakukan untuk capai impian anda menerusi blog anda tersebut.
Apakah yang sering menjadi satu kehampaan buat blogger? Mari singkap apa yang boleh disimpulkan.
10 Kehampaan Buat Blogger Malaysia
- Blog tidak dapat menjana pendapatan seperti yang anda harapkan.
- Blog tidak punyai ramai follower atau pengikut.
- Trafik blog anda tidak sampai ratusan sehari, atau tak sampai pun puluh-puluh sehari.
- Blog anda masih lagi kurang pembaca, komen tak banyak pada entri blog anda.
- Tiada siapa nak letak iklan pada blog anda walaupun trafik blog anda tinggi dan harga iklan anda sangat rendah.
- Anda tidak tahu cara untuk blog menjana pendapatan sendiri.
- Blog tak popular, dan anda tidak dikenali dalam dunia blog Malaysia.
- Blog anda masih lagi tunggang-langgang, tak cantik seperti blog orang lain.
- Anda masih lagi tak tahu nak edit blog anda sendiri, menerusi html iaitu koding dalam blog anda.
- Anda masih lagi tak dapat nak buat domain sendiri dan hosting sendiri buat blog anda.
Ada banyak lagi, tetapi HH fikir beberapa poin di atas sudah cukup untuk menggambarkan kehampaan seorang blogger. Tak gitu? Anda ada komen mengenainya? Berilah respon anda.
Saya blogger 'antik: mula dari pengetahuan zero. Dlm 10 list HH,ada kena btg hidung saya tapi tak dpt duit tak pelah..mudah2an ada pahala yg saya terima
ReplyDeletesaya hampa... but never give up... :) keep moving...
ReplyDeletememang setuju sesangat....sekurang-kurangnya dah ada improvement..... OK apa HH
ReplyDeletebetul tu bro..tapi benda tu tak boleh dijadikan alasan untuk berputus asa di pertengahan jalan.. :)
ReplyDeletehahah semua di atas tu milik blog saye,,tp saye xkisah , walaupon 7 ketul yg baca entry saye , saye ok jek,,hohoho walaupunnnn
ReplyDeletebetul tu :(
ReplyDeleteKesepuluh yang sifu HH senaraikan diatas..
ReplyDeleteTepat menusuk jiwa blog aku. Memang sadis, tepat apa yg HH senaraikan..
Tp, selagi ada sifu blogger dan rakan blog semua. Aku kan terus pandang ke depan.. cewah...
hampaaaa
ReplyDeletesebenarnya bukan senang untuk menjadi blog yang terbaik. terbaik pada saya adalah blog yang dapat memberi manfaat pada pembaca. bukan mestinya blog yang skema tapi blog yang memberi input dan output. satu lagi perkara, dalam blog jadilah diri sendiri. istiqomah bila menulis entry dan cuba kreatif dalam setiap penulisan entry tersebut. :)
ReplyDeleteBetul, kita mesti sentiasa berusaha ...
ReplyDeletesebenarnya bukan senang untuk menjadi blog yang terbaik. terbaik pada saya adalah blog yang dapat memberi manfaat pada pembaca. bukan mestinya blog yang skema tapi blog yang memberi input dan output. satu lagi perkara, dalam blog jadilah diri sendiri. istiqomah bila menulis entry dan cuba kreatif dalam setiap penulisan entry tersebut. :)
ReplyDeleteYa .. begitulah sebaiknya dipraktikkan ... :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.