As-Salam. Ini merupakan teknik SEO paling berjaya dalam menjadikan blog anda terpangpang pertama dalam enjin carian. Namun, teknik ini masih lagi ada beberapa syarat yang perlu ada dalam sesebuah blog itu untuk tampil nombor satu di halaman pertama di enjin carian seperti Google, Yahoo dan juga Bing.

Teknik ini dilakukan oleh hampir kesemua blogger berjaya di dunia maya ini. Dan jika anda bijak ambil peluang, insyaAllah, dua teknik unggul ini akan memastikan bahawa blog anda menjadi juara dalam enjin carian.

Dua teknik paling berjaya untuk SEO yang HH maksudkan ialah penggunaan kata kunci pada nama domain blog anda dan juga pada alamat url setiap entri anda.


Panduan Menulis Blog - Dunia Blog Malaysia - Tips SEO Blogspot

Kata Kunci Dalam Nama Domain Blog


Contohnya, jika blog anda mahu mewakilkan kisah selebriti tanahair, maka nama domain yang boleh anda buat ialah - www.KisahSelebritiMalaysia.com atau www.SelebritiMalaysia.com. Pastikan kata kunci kisah selebriti, selebriti Malaysia, kisah selebriti Malaysia berada di dalam kata kunci am atau deskripsi blog anda. Dalam blogspot, anda boleh dapatkan Selebriti-Malaysia.blogspot.com atau MalaysianCelebrity.blogspot.com

Kata Kunci Dalam Url Entri Blog


Contohnya, anda ada kisah mengenai Sejarah Awal P Ramlee dalam entri anda. Anda boleh setkan url entri tersebut menjadi seperti ini - http://hasrulhassan.blogspot.com/kisah-selebriti-sejarah-p-ramlee.html. Anda sudah masukkan kisah selebriti, iaitu kata kunci untuk blog anda, dan sejarah P Ramlee sebagai kata kunci untuk onpage SEO blogspot anda.

Baca juga bagaimana nak letak kata kunci betul untuk blogspot di sini: Tips SEO Blogspot | Tatacara Betul Menggunakan Deskripsi Meta Pada Tajuk dan Entri Blog

Maksimumkan penggunaan kata kunci dalam struktur blog anda dengan membaca entri ini: Ciri-Ciri Kata Kunci (Keywords) Yang Baik Untuk SEO Blog

Dalam blogspot, anda boleh setkan alamat url anda sendiri mengikut tatacara yang HH sebutkan di bahagian Post-Settings-Permalink dan letakkan kata kunci dalam deskripsi carian menerusi Search Description. Pastikan tajuk entri, url entri dan deskripsi entri mempunyai kata kunci yang sama atau hampir sama tadi.

Tajuk serta url entri pula jangan terlalu panjang kerana enjin carian akan hanya menerima sehingga 30 aksara untuk dipaparkan (kalau tak silap).

Selamat mencuba.


3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement