As-Salam. Hmm .. ada blogger yang bertanya, apakah itu SEO? SEO adalah singkatan kepada Search Engine Optimization atau dengan cara lebih mudah difahami ialah keperluan blog itu untuk mudah dan senang disenaraikan dalam enjin carian apabila seseorang pengguna dunia maya, menaip perkataan tertentu atau kata kunci di laman enjin carian seperti Google, Bing atau Yahoo Search.

Blog-blog yang punyai ciri-ciri SEO adalah berkemungkinan besar akan tersenarai, lalu membolehkan blog mendapat trafik organik - hasil dari pencarian informasi.

Tetapi, bukan semua blogger mahu melengkapkan blog mereka dengan SEO ini, dan kebanyakkan mereka tidak mempunyai cukup kemahiran untuk melakukannya. Jadi, pendekatan SEO di dalam blog mereka telah diabaikan.

Search Engine Optimization Tips


Usah gusar, bukan semua jenis blog memerlukan pendekatan SEO ini. Jika anda seorang blogger yang hanya ingin berkongsi kisah dan cerita, tanpa memikirkan secara serius mengenai trafik blog, maka tidak perlulah anda bertungkus-lumus untuk muatkan ciri-ciri SEO dalam blog.

Blog-blog yang secara langsung tidak memerlukan pendekatan SEO secara mantap di dalam blog adalah blog-blog peribadi yang tidak berorentasikan keuntungan menerusi pengiklanan. Blog-blog yang telah popular dan punyai ramai pengikut juga boleh mengenepikan soal SEO ini.

Blog fotografi juga banyak yang tidak memasukkan unsur SEO ini secara langsung.

Blog yang for invited readers juga termasuk dalam kategori blog yang tidak perlukan pendekatan SEO.

6 Jenis Blog Yang Tidak Perlukan Pendekatan SEO Mantap

  1. Blog Yang Sudah Popular
  2. Blog Yang Punyai Ramai Pengikut (Followers)
  3. Blog Yang Sudah Ada Pembaca Setia
  4. Blog Fotografi
  5. Blog Pembacaan Terhad (Invited Readers Only)
  6. Blog Peribadi Yang Tidak Berorientasikan Penjanaan Pendapatan Menerusi Pengiklanan

Ini adalah mengikut pandangan peribadi HH dan juga berdasarkan pengamatan HH dalam dunia blog Malaysia.

Blog-blog yang HH sebutkan tadi, menerima trafik daripada sumber bukan dari enjin carian, kebanyakkannya mendapat trafik terus daripada rakan blogger yang lain - yang memasukkan blog mereka dalam bloglist atau blog yang bersifat lebih peribadi.


10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. blog saya bukan 6 jenis blog yang disenaraikan....

    ReplyDelete
  2. Tq, baru faham. Blog saya maybe one of them...bukan no.1 @2 (heee) tapi no.6

    ReplyDelete
  3. slalu sy abaikan seo ni.. jika perlu baru sy apply :)

    ReplyDelete
  4. o...baru faham...patutle...huhu...takpe2, usaha tangga kejayaan...

    ReplyDelete
  5. untung jadi blogger femes

    ReplyDelete
  6. betul2 .... macam blog saya ada pembaca setia tetapi diaorang suka baca aje,,,tak komen, insaallah kalu saya siapa komen blog saya , saya akan balas semula...tolong menolong kan amalan mulia...


    mselim3

    ReplyDelete
  7. Buat masa sekarang blog Kak Ain yang no 6. Blog peribadi - menulis untuk memenuhi masa lapang.

    ReplyDelete
  8. Blog Kak Ain yang no 6. Blog peribadi. Menulis sekadar memenuhi masa lapang. Ada juga copy paste kerana rasa perlu untuk peringatan bagi diri sendiri. Tak lupa Kak Ain sertakan sekali link pemilik asal.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement