As-Salam. Gambar comel dalam blog ada kesan tertentu, ia bukan sahaja akan bantu meningkatkan trafik serta pengunjung blog anda, tetapi ia juga akan menambah bilangan pembaca setia (yang mungkin jadi follower blog). Dan paling menarik sekali .... jika pengunjung blog anda itu sedang kerja, dan tengok gambar-gambar comel di blog anda; ia didapati akan meningkatkan mutu kerja mereka!
Menurut satu kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa melihat gambar anak haiwan comel bukan sekadar menyenangkan anda tetapi sebenarnya dapat meningkatkan prestasi kerja serta membantu anda memberi lebih tumpuan terhadap tugas.
Kajian daripada sekumpulan penyelidik di Universiti Hiroshima disifatkan sesuai diberi tajuk sebagai Power of Kawaii (Kuasa Comel) berdasarkan perkataan Jepun kawaii yang bermaksud comel (sumber)
Hmm ..abaikan perkataan haiwan .. tetapi bagi HH apapun yang comel mesti menyenangkan ... jadi, ambil kesempatan dengan meletakkan gambar-gambar comel anda di blog, dan pastikan ia milik anda untuk lebih efisien, lebih peribadi ...lebih intim bersama dengan pembaca blog anda.
untungnya jadi papa mama blogger ni boleh masukkan gambar anak sendiri yg comel...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.