As-Salam. Fuh .. nampak penat je kan, apabila memikirkan bahawa masa selama 10 tahun diperlukan untuk sesebuah blog dikenali ramai. Ini bukan cakap orang biasa macam HH, macam anda, tetapi menerusi satu kajian.
Menurut Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah, sesebuah blog memerlukan masa sehingga 10 tahun untuk dikenali ramai, begitulah kata beliau di dalam forum bertajuk Masyarakat dan Media Dalam Pilihan Raya 2008 yang diadakan pada 1 April 2008.
Dalam forum itu juga, kajian mendapati bahawa Malaysia mempunyai lebih dari 500,000 blog aktif.... fuh banyak tu. Itu baru tahun 2008, kalau sekarang? HH congak mungkin dalam 1.5 juta kot ... perghhh susah tu nak bersaing ...kan kan?
Dah la ada lebih sejuta (hasil congak), pastu nak ambik masa lama lak tu nak dikenali .... HH pasti akan ada ramai blogger yang mungkin akan berblog separuh jalan. Dan hakikat ini memang tidak menghairankan sebab ada je rakan blogger HH yang sudah tidak lagi berblog, walaupun pada satu ketika dahulu blog mereka amat dikenali.
Sebab mereka berhenti berblog ada banyak, rasanya tak perlu HH ulas ... anda sendiri pun boleh buat andaian sendiri.
Saingan sengit, apa yang perlu untuk anda terus berada di dalam dunia blog ini ialah kesabaran dan kecekalan, dan berblog itu adalah merupakan hobi anda yang sangat menyeronokkan. Kalau tak seronok berblog ... pasti akan patah sayang di pertengahan awan ....
Jauh lagi perjalanan ni hehe
ReplyDeleteTak terkejar...sampai tua lah tu huhuh
ReplyDeleteHmm ramai dah blogger yang jadi tua sebb blog ...
ReplyDeletePerlahan-perlahan ... blog ini adalah satu hobi ... :)
ReplyDeletehuhuh...lame tuh...saya baru blogging 3 tahun! haha
ReplyDeletemoga saya ada kesabaran dan terus berminat untuk berblog... ^_^
ReplyDeleteassalamualaikum HH...betul2 tu sayang juga kalau dah macam tu...:)
ReplyDeletelama tu....saya baru aje 2 tahun..nie pun ... macam lemah aje..saya tak nafi kan dalam dunia blog nie....semangat kita mmg ader masa turun naik....begitu juga iman nie ader pasang surut,...hehhe usahakan agar iman sentiasa bertamabah, dan mood berblog sentiasa bertambah ...dan banyak idea utk dikongsi bersama......amin.
ReplyDeleteThanks bro hasrulhassan
pls : Saya suka ke mari sebab banyak ilmu cuma "masa aje yg mencemburuhi" . Xper saya kan pengikut setia...hehehe
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.