As-Salam. Memang perlu keras hati, sebab mereka sudah ada kepercayaan, sudah ada pegangan, sudah punyai asas mereka sendiri untuk mempercayai dan menidakkan sesuatu. Nak disangkal apa yang mereka tulis di dalam blog? Hmm ..ibarat mencurah air ke daun keladi.
HH tidak punyai hati sekeras blogger-blogger blog politik ini. Mudah lembut, dan mungkin ada masa mudah percaya akan sesuatu perkara yang dibangkitkan.
Diri masih lemah untuk berbicara soal politik di dalam blog. Bukan tak ambil peduli, tetapi nak memperkata dan membincangkannya, adalah sesuatu yang sangat memenatkan. Silap-silap boleh terpesong.
Kata orang, politik itu kotor .... siapa yang mengotorkannya dan siapa yang terkena kotoran, hanya mereka yang bijaksana dalam bidang ini sahaja boleh menentukannya.
Namun, kebenaran itu hanya pada Allah yang Maha Mengetahui.
Oleh kerana khilaf yang ada pada diri, dan HH bukanlah seorang yang keras hati, maka HH jauhkan diri dari menjadi sebahagian dari dunia blog politik Malaysia. Anda bagaimana? Mungkin ada sebab mengapa ramai blogger pinggiran macam kita tidak mahu bercakap soal politik secara serius di dalam blog.
Kongsi sebab anda jika ada.
saya pulak berblog lebih kerana ingin mencari kawan2... jika saya terlibat dalam arena politik ni, saya percaya akan wujudnya golongan2 yang akan membenci saya. lagipun ilmu politik ni tak tinggi mana kerana tak banyak fakta yang tau tentang politik.. jadi itulah sebabnya
ReplyDeleteblog politik ni sensitif la skt.. tak sanggup nak buat..
ReplyDeletetak terer bab politik lagipun takut tesilap hehe :D
ReplyDeleteSaya suka berkawan dengan ramai orang tidak kira apa sudut Politik.. tapi rasanya lebih baik tidak membicarakan berkaitan politik diblog kerana silap tulis sikit boleh putus kawan..
ReplyDeleteSetuju Boni... biarlah kita berpolitik time hari membuangan UNDI je nanti.. :-)
ReplyDeleteHmm betul .. bukan situ je .. tapi kat laman sosial yang lain
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.