As-Salam. Inilah bahana bila main copy-paste semborono, tak tahu maksud, tak tahu cerita ... main salin dan tempek je untuk dijadikan entri di dalam blog. Kalau mahu ambil artikel dan penulisan dari laman web mahupun blog orang lain, pastikan dulu anda faham apa yang disampaikan.
Mungkin kerana nak kejar trafik sampaikan salin dan tampal benda yang sama di dalam satu entri. Kalau entri lain tu, mungkin sebab lupa dah terbitkan entri serupa ... ini tidak ... dalam satu entri, ada dua ayat yang sama. Ha .... kan dah kantoi.
Bila buat gitu, nampak benar si blogger yang copy-paste ini tidak baca apa yang dia tulis. Perlu baca entri yang kita tulis setelah siap adalah merupakan teknik betul menulis blog yang pernah HH tampilkan. Malah, dengan cara begini ia akan tingkatkan penjenamaan dan kreadibiliti anda sebagai seorang blogger yang bagus.
Blogger terkenal RedMummy pun pernah menasihati perkara ini dan memberikan panduan menulis blog yang baik - Redmummy Menasihati Blogger Baru
Bukan Tak Boleh Jadi Blogger Copy-Paste
Jadi, andai anda mahu menjadi seorang blogger yang berkongsi ilmu baik, informasi bermanfaat - biarlah anda faham apa yang anda tulis, pastikan anda baca apa yang anda ingin sampaikan - jangan sampai terkantoi pulak oleh blogger yang lain; yang akhirnya nanti akan memalukan diri anda sendiri dan menampakkan anda sebagai seorang blogger yang kurang kredibiliti.
Harap memberikan manfaat kepada semua.
Eh penulisan entry ni dari pengalaman sayakah?huhuhu.
BalasPadamtu la, suka sangat main kopipes. kan da kantoi.:-)
eh.. entry ni keluar sebab dr pengalaman sy citer yg sebelum ni ke?hehehe
BalasPadamtu la, main kopipes lagi kan da kantoi :-)
Ya ... betul ... @google-7e8abe28b456cdbeec865f4e205c44e1:disqus .. betul @7e8abe28b456cdbeec865f4e205c44e1:disqus
BalasPadamAda juga copy paste. Tapi pasti letak kredit kepada tuan punya. Baru nak asah skill menulis dari hati :)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.