As-Salam. Jika anda seorang daripada ribuan pengguna platform pengiklanan Nuffnang, pastikan bahawa blog anda yang mempunyai iklan Nuffnang tidak dicampur-adukkan dengan iklan-iklan lain seperti Advertlets, Innity mahupun daripada platform pengiklanan media sosial Twitter seperti Says Malaysia.

Apabila langkah ini tidak anda lakukan, maka anda bakal hilang status Glitterati di dalam Nuffnang. Status tersebut penting jika anda mahukan blog anda mendapat tawaran pengiklanan yang lebih lumayan daripada Nuffnang seperti Buffered Earnings (BE) mahupun Advertorial.

Atau dengan kata lain, anda perlu menjadi peminat nombor satu medium pengiklanan Nuffnang untuk membolehkan banyak keistimewaan diberikan kepada anda.

Buat blog-blog yang punyai iklan daripada Nuffnang, ambil perhatian mengenai perkara ini, dan jangan lagi mengeluh jika pendapatan daripada Nuffnang tidak seberapa. Harus juga anda tahu, Nuffnang hanya memberikan kebenaran untuk anda letak iklan selain daripada platform mereka - Google Adsense dan pengiklanan secara terus.

Kerana dua-dua bentuk pengiklanan ini bukan merupakan saingan terhadap mereka, dan bukan juga dalam bentuk yang sama seperti mereka. Hilang status Nuffnang Glitterati jika letak iklan yang menjadi saingan mereka.

Harap maklum.


5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih untuk perkongsian ni :)

    BalasPadam
  2. terima kasih ats pengkongsian.....sy 2 thn dgn nuffnang just dpr rm0.25 je tpi smpai la setia dgn nuffnang lagi. x kisah la kan. itu bkn syarat utama sy berbelog. kalau dpt lebih dar nuffnang alhamdulillah, x dpt pun cool je. blog tetap running mcm bese...hihihi

    BalasPadam
  3. saya ada letak iklan says kat blog..status gliterati x ilang ttp earning x naik langsung dari 2 minggu lepas..biarpun sebelum nie dpt gak la..xbanyak rm10 seminggu..tp skrg nie nk setia pada adsense la pulak..sbb baru dpt apply adsense ari rabu lepas..so far btul cakap blogger yang pernah gune adsense..dalam banyak2 yang pernah gune..earning dengan adsense paling lumayan..maybe lepas nie nk buat giveaway bg akaun adsense pada yang menang..boleh ke camnie?sbb ada satu lg akaun adsense kosong belum gune..salam perkenalan kepada encik HH...blog anda banyak beri manfaat pada new blogger like me..

    BalasPadam
  4. Terima Kasih, baru dapat tips ... Nuffnang tak dapat kesan iklan SAYS yang gunakan link singkatan url, jadi terlepas dengan tindakan kehilangan Glitterati ... :)


    HH guna Adsense, tapi blog ni dah tak compliance dah

    BalasPadam
  5. dah kena block eh..sebab pe?alhamdulillah..xsampai seminggu letak adsense..lihat pendapatan dari adsense dh lebih dari rm50...bkn nk menunjuk..lgpn janji saya kepada semua pembaca..duit dari earning blog akan saya jadikan hadiah kepada semua blogger,..bagi memeriahkan dan menaikkan semangat blogger..semua tue saya dh update di section disclaimer blog saya..nntkan ..dpt je duit xkisah la dari nuffnang or adsense..akan saya berikan kepada anda semua..sama ada dalam bentuk giveaway atau contest..nak jadi seperti blogger denaihati..hidup untuk memberi...moga usaha saya dapat sokongan dari semua..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement