As-Salam. Bukan perkara baru, tetapi dah lama ... dah ada sejak blog mula diperkenalkan di alam maya. Di Malaysia ia mungkin satu perkara atau isu yang  tidak berapa ketara, tetapi tidak di tempat lain, di negara lain. Blog bukan sahaja dijadikan tempat bercerita, tetapi sebagai tempat untuk menjaja tubuh, dengan harapan untuk jadi popular dengan cara begitu.

Ada. Memang ada blogger yang memuat-naik dan menempek gambar separa ghairah di dalam blog. Dan HH tidak maksudkan kepada perempuan sahaja, lelaki pun ada juga yang buat begitu. Jangan ingat gambar lelaki tidak boleh menghairahkan yang lain. 

Letak gambar posing atas katil, dalam bilik tidur, dengan aksi yang hanya suami dan ibu bapa je yang layak tengok adalah sesuatu yang tidak harus dibuat menerusi blog mahupun mana-mana laman perkongsian termasuklah laman sosial.

Bukan apa, takut nanti disalahguna ... rambut sama hitam ... apa isi dalam hati orang yang baca dan kunjung blog kita tak siapa yang tahu. Kalau tahu .... senang cerita, ye tak?

Maka, beringat sebelum kena. Elak diri dari menjadi mangsa eksploitasi sesetengah manusia yang ada agenda tidak baik. Jikalau anda sudah rela menjaja tubuh di dalam blog, jangan salahkan orang lain andai diri anda dicemuh oleh mereka pula nanti. 

Elakkan aksi menjaja tubuh menerusi blog. Ia tidak baik untuk kesihatan anda .... :P


2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sokong...tak suke bila blogger suka jaja tubuh utk lariskan blog dorg...


    Katil Elevator Di Ruang Tamu

    ReplyDelete
  2. betul dan setuju, tahu lah cun meletop-letop kan, tak perlu lah guna cara begitu nak melonjakkan trafik..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement