As-Salam. Hmm ramai juga blogger yang merungut, terutama blogger baru yang baru sahaja berblog dan meletakkan iklan Nuffnang di dalam blog mereka. Rungutan mereka tidak lain, tidak bukan adalah mengenai Nuffnang yang tidak lumayan buat blogger Malaysia seperti mereka, kerana jana pendapatan online dengan Nuffnang sejak bertahun masih lagi tidak naik-naik, atau tidak memberikan sebarang perubahan positif.
Jangan terlalu gusarkan perkara ini. Dalam Nuffnang, ada ribuan malah puluh ribuan blogger yang berdaftar sedangkan pengiklan bersama Nuffnang adalah agak terhad, yang jumlahnya tidak begitu setara dengan jumlah blog yang meletakkan iklan Nuffnang.
Oleh sebab itu, kitaran untuk blogger menerima imbuhan menerusi iklan pun agak terhad. Apatah lagi jika ia dikaitakan dengan iklan Buffered Earnings dan juga Advertorials. Di sini, anda harus meletakkan kesabaran anda di tahap tinggi, di mana anda tidak berharapkan sangat akan sumber pendapatan terus meledak dengan Nuffnang.
Tips Mendapatkan Pendapatan Lumayan Dengan Nuffnang
Apa yang penting adalah anda menjaga hubungan dengan pemilik platform pengiklanan anda, jaga blog anda agar tidak melanggar sebarang syarat dan peraturan ditetapkan oleh pengiklan serta memastikan blog anda sentiasa terisi dengan entri-entri terkini.
Jangan buang masa memikirkan kenapa blog anda masih tidak menjana pendapatan lumayan, walhal anda sendiri tidak memastikan blog anda layak untuk menerima perolehan pendapatan tersebut - yang dikongsi oleh ramai blogger Malaysia.
Nuffnang memang tidak lumayan buat blogger Malaysia yang kurang cenderung untuk meningkatkan mutu blog, meningkatkan trafik blog dan berhubung-baik dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Nuffnang. Jika anda sokong Nuffnang, tunjukkan sokongan anda, dan pasti nanti Nuffnang akan tunjukkan sokongan kepada blog anda - dalam cara yang anda sendiri tidak sangka!
thanks sharing bro
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.