As-Salam. Sedia maklum, sesebuah blog memang boleh menjana pendapatan sampingan. Yang bezanya ialah samada pendapatan yang dapat tu banyak atau sikit. Apa yang HH dapat lihat ialah, pengiklan bebas yang mengiklan secara terus di blog agak kurang berminat dengan blog-blog dengan platform percuma ini; contohnya blogspot.
Jadi, jangan hairan apabila ada blogger atau blog yang menjana pendapatan ribuan ringgit tetapi blog kita yang percuma ini nak dapatkan seratus pun ambil masa berbulan. Malah, kadangkala tawaran iklan serendah RM10 pun orang tak hingin. Kenapa?
Apabila kita menggunakan platform percuma untuk berblog seperti blogspot, blog kita terdedah dengan masalah teknikal yang di luar capaian kita. Berbanding dengan blog-blog yang kendiri, yang menggunakan hosting berbayar.
Malah, apa yang HH nampak ialah banyak blog-blog yang sebegini sering mendapat penajaan untuk membuat iklan advertorial yang memang lumayan. Sekali buat entri 48 jam, leh dapat bayaran sampai RM1000-RM3000 tu. Bergantung kepada tahap ranking Alexa dan juga Pagerank, trafik yang konsisten juga diambil kira.
Namun, HH tidak nafikan ada juga blog-blog dengan platform percuma menjana mendapat yang cukup lumayan. Tetapi, blog-blog ini bukan blog sebarangan trafiknya sehari, ada yang capai sampai puluhan ribu sehari .... dah tu pengunjung unik (unique UV) lak tu.
Kalau nak buat duit atau menarik minat pengiklan bebas mengiklan, kena pastikan blog kita menerima trafik yang lebat serta konsisten setiap hari, setiap bulan. Hanya itu sahaja sandaran yang boleh dijadikan tarikan buat pengiklan bebas meletakkan iklan atau memberikan iklan berbentuk advertorial kepada blog anda.
*p.s: Blog HH masih lagi guna platform percuma, jangan silap nampak www.hasrulhassan.com itu hosting berbayar. Kulit je nampak macam hosting berbayar, atau nampak macam wordpress, tetapi hakikatnya blog ini adalah blogspot.
sama lah kita bro.. nak berhosting belum berkemampuan lagi..
BalasPadammacam mana boleh buat mcm hosting berbayar eh?? nampak cool lah,, mcm manalah dorang boleh dpt unique visitors sampai puluh ribu,, mmg ada aura lah..http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/
BalasPadamHH msti dpt ribu riban ni kan, heheh :)
BalasPadamhttp://mysweetielovely.blogspot.com/
Adehhh ... mana ada ribu riban .. ratus pun tak sampai derr
BalasPadamNampak macam teori lagi kot .. tetapi kalau buat kajian sendiri, semua gitu
BalasPadamYeke hh? is this just a theory or mmg betul? Hehe.
BalasPadamnama domain berbayar dengan hosting berbayar adalah dua perkara berbeza... HH ada terangkan dalam blog ni ..
BalasPadamHH betul tu... dot com bukan berbayar ke? bis tu yg berbayar macamana pulak ...sori eh kurang faham....he...he... sebelum tu 'salin kulit nampak!!!....
BalasPadamAssalammualaikum... HH,
BalasPadammselim3 ingatkan HH pakai hosting dan domain berbayar... oooo rahsia dah tahu..
xper... HH mempunyai pengikut yang ramai... insaallah di mana ada kemahuan disitu ada jalan kejayaan...ok. mselim3 sokong blog HH. Blogger HH ramah dan sering memberikan ilmu.
mselim3
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.