As-Salam. Sesetengah orang pakat semua benda nak cerita dalam blog, dalam laman sosial. Jangan dibuat kawan-kawan, HH pernah buat dulu ..... bahananya ..... jadi bahan gelak tawa, sendiri malu, sendiri dapat dosa, dan tempias gak kat orang lain. Tulis blog tu biarlah ada peraturan sendiri, perlu tahu mana letaknya kemaluan anda dan keluarga, tak semua perkara boleh cerita.
Dan sesama blogger pun mesti saling menjaga aib sesama sendiri, tegur bila perlu, nasihat bila ada daya. Tak perlu menyakiti tetapi buatlah untuk tunjukkan kita sayang sesama umat.
Anda cantik, jagalah kecantikan anda. Anda kacak, maka entri blog pun mesti kacak. Biar peribadi, tulisan kita dalam blog cantik dan kacak, lebih kacak daripada penampilan kita. Semua orang pasti akan suka.
InsyaAllah, walaupun blog kita kurang pengikut, trafik tak tinggi mana, janji kita bersih daripada kebencian orang, dan kebencian Tuhan.
btul.. :-)
ReplyDeletebetul tu biar entri kacak bebas dari apa yg HH ckp kan :)
ReplyDeletebetul tu HH...... ;) bagus ni.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.