As-Salam. Memang tidak diduga, mungkin kita belum cukup bersedia.... ini adalah perjalanan yang Tuhan telah tetapkan. Segalanya mungkin berlaku. Apa yang berlaku dalam hidup ini, kadangkala kita tak jangka, namun itulah ketentuan.

Kasihan kepada Puan Bee - mungkin ada yang tidak kenal, walaupun Puan Bee merupakan antara blogger yang aktif dan boleh dikatakan cukup berpengalaman. 

Suami Puan Bee jatuh pengsan di tempat kerja, walhal Puan Bee yang berada di dalam keadaan yang tidak berapa sihat. Apabila suami Puan Bee dimasukkan ke hospital, tentulah kerisauan melanda. Dan yang mengharukan ialah Puan Bee yang perlu menziarahi suaminya terpaksa memandu mencari arah ke Hospital Pusrawi yang menempatkan suaminya, disebalik hakikat bahawa Puan Bee kurang arif akan selok belok laluan ke hospital ... lebih-lebih lagi di waktu malam.

Anda boleh baca kisah Puan Bee di blognya - www.puanbee.com

Gitulah, kita perlu sentiasa bersedia untuk apa sahaja. Bayangkan jika kita berada di situasi yang lebih teruk dari Puan Bee. Nasib baik Puan Bee boleh juga memandu ... kalau tak? Ini hanyalah sekadar contoh untuk kita yang lain.

Moga Puan Bee bersabar dengan dugaan dan semoga suami Puan Bee sihat hendaknya, insyaAllah.

*p.s: Terima kasih pada Anastasyea dan Kujie yang berkongsi cerita ini.


8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. semoga Puan Bee dan suami dipermudahkan urusan olehNya..amin.....

    ReplyDelete
  2. Selalu baca cerita dugaan yg dihadapi rakan blogger. Entahlah, esok lusa, mungkin kita pulak yg trpaksa lalui semua ni..

    ReplyDelete
  3. Belum sempat singgah kat blog dia.... tengoklah pas ni.... bersabar lah...

    ReplyDelete
  4. tu la.. kesian juga baca kat entry puan bee.. :(

    ReplyDelete
  5. pinkbubblegum princessOctober 25, 2012 at 1:31 AM

    pernah jugak jiran dulu sakit tumpah darah,, tiba2 suami dia demam takleh nak bgn2..kesiannya tengok dorng..huhu

    ReplyDelete
  6. pengalaman yang sama pernah berlaku dengan akak...tapi malang nya masa tu anak2 belum pandai memandu..apalagi akak...ketuk rumah jiran jam 3 pagi..

    ReplyDelete
  7. Saya selalu juga masuk blog puan bee dan banyak tahu kisahnya.bersabarlah...saya juga pernah menempuhi liku-liku kehidupan yang mencabar.saya juga punyai blog,tapi tak ada yang melayari log saya, maybe bahan bacaan tak menarik dan sebagainya. saya juga pernah kena dan sedang mengalami musibah Allah.snw, untuk pengetahuan semua saya mengalami sakit saraft tunjang terkepit.akibat nya saya menjalani pembedahan buang 4 ruas tulang rawan bagi mengurangkan himpaitan ke atas saraf tunjang.Jadi 4 sru dan impalan dimasukkan kat tulang tengkuk saya.saya leni tak sihat sepenuhnya, kerana saraf masih terkepit walaupun dah jalani operation! Tapi ada la kurang sikit kesengalan kaki dan tangan.Lenguh jarang-jarang sekali aje datangnya.saya leni tak leh buat kerja berat...walaupun angkat susu 6 tin.Semua kerja berat wife saya yang buat.wife saya suri rumah saja.Saya kakitangan awam gred 34, dan punyai 2 anak perempuan.Syukurlah saya masih dapat jalani kehidupan dan sentiasa berdoa agar penyakit disembuhkan oleh Allah satu masa akan datang.Insyaallah.

    ReplyDelete
  8. MOga tuan diberikan segala kebaikan dan kesembuhan daripada penyakit yang tuan hadapi, saya bersimpati dengan apa yang tuan alami, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dugaan dari Allah adalah untuk hambaNYA yang terpilih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement