As-Salam. Seronok ke jadi blogger yang dikenali nih? Haa..macam HH .. dalam dunia internet je dikenali, kat luar tu ... potong kuku punyalah, tak ada sapa pun kenal HH sebagai blogger. Jadi, memang terbukti bukan blogger yang dikenali. Tetapi, yang dikenali ramai tu ... sampai nak suap makan dalam mulut pun, ada yang sempat tegur .. "Abang ni .... Bro A ehh ... ala blogger terkenal dengan blog Lalalala ... kan kan?"
Seronok ke jadi blogger dikenali ni? HH tak tahu ... tapi dari apa yang HH baca ... menerusi blog-blog yang popular, dan menerusi blog-blog yang dok cerita betapa seronoknya mereka berjumpa blogger dikenali ni ... macam best je. Bestla kan ... secara tiba-tiba nak masuk tandas, ada yang tunjuk2 dengan jari telunjuk sambil bisik-bisik sesama sendiri. Erkkk bukan sebab zip seluar terbuka atau bahagian dada terdedah .... huhuhuhu....
Mungkin pada satu sudut, seronok la kot buat blogger baru terserempak dan mengenali seorang blogger yang dikenali ramai di tempat awam, di dunia nyata.
Tapi ... blogger yang dikenali ...hmm mungkin ada yang kembang kuncup lubang idung kot ... sebab blog dah ramai yang tahu akan kewujudannya. Errr...bukan sebab pakai baju tulis "Aku Blogger B" ... hehehehe...
HH, secara amnya tak tahu rasa ... dan tak boleh nak beri perincian pun, sebab tak ada pengalaman menjadi seorang blogger dikenali di dunia nyata, mahupun terserempak, terjumpa dengan seorang blogger di dunia nyata.
Yang tahu pun dah lama buat tak tahu ... hahahhaa....
xpenting pon glamour....yg penting ilmu blog yg disampaikan...
BalasPadamdari satu sudut rasanya best jugak..tak payah jadi artis atau menteri ..kita dikenali..tapi dari satu sudut lain rasa-rasanya rimas la kot..setiap gerak geri di ikuti..tentu keluarga juga terlibat..takder privasi..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.