As-Salam. HH fikir, sebelum ini pun HH pernah tampilkan beberapa tips dan panduan mengenai bagaimana mahu menambah pengikut atau followers blog. Ada banyak kaedah dan cara, samada cara mudah atau yang rumit ... samada cara pasrah atau paksa mahupun rela. Semua tu boleh dipraktikkan dan HH secara jujurnya dah praktikkan hampir kesemuanya untuk beberapa blog HH yang lain.

Bagaimana mahu mendapatkan ribuan followers blog? Salah satu rahsia yang penting untuk blog anda berkembang dan mendapat lebih ramai followers ialah dengan mempelbagaikan bahasa informasi di dalam blog anda. Paling tidak, blog anda dijadikan dwibahasa, dengan ini, anda boleh mendapat pengikut daripada pembaca-pembaca luar yang bukan serantau.

Tips Mendapatkan Ribuan Followers | Pelbagai Bangsa, Pelbagai Negara

Blog Dalam Dwibahasa


HH pernah menerima beberapa pengikut atau followers yang terdiri daripada blogger-blogger luar, seperti dari Amerika, U.K serta Australia.... mereka antara ramai pengikut blog photografi HH. Tak perlu tulis entri panjang pun, cukup sedikit informasi mudah yang boleh kita capai dari internet, dan tentu sekali bila blog fotografi, perlulah letakkan gambar yang cun.


Dalam blog pemasaran satu ketika dahulu, HH tampilkan entri-entri dalam dwibahasa, memang akan menerima pengikut yang pelbagai la. Tak perlu suruh pun, followers akan bertambah dari semasa ke semasa selagi ada entri informasi yang berkualiti.

Jadikan Satu Hari Khas Untuk Entri Berbahasa Inggeris


Tips terbaik adalah dengan menjadikan satu hari khas untuk anda tulis dalam bahasa Inggeris, hanya satu hari ..... anda buatlah entri yang bersifat global seperti berita kemalangan, berita atau tragedi di Timur Tengah ke .. dan sebagainya ... hanya ambil berita daripada portal berita antarabangsa dan buat sedikit komen dan pandangan mudah anda mengenainya. Tak perlu berjela pun .... 

Letakkan Widget Google Translation


Tips kedua adalah dengan menyertakan Google Translation di blog anda. Sangat sesuai jika blog anda mengenai blog percutian atau pelancongan (paling tidak ada beberapa entri mengenainya), ini adalah kerana pembaca-pembaca di internet suka baca dan dapatkan informasi pelancongan dan percutian yang bersifat peribadi, di mana kita pernah dan pergi sendiri, dan menyatakan apa yang menarik dan tidak.

Sidebar Dan Tajuk Entri Dalam Bahasa Antarabangsa


Tips yang ketiga ialah, pastikan sidebar blog anda atau menu anda ditulis dalam bahasa antarabangsa, walaupun isi kandungan anda bukan seratus peratus dalam bahasa Inggeris. 

Tips yang keempat .... tajuk entri anda dalam dwibahasa atau mempunyai kata kunci dalam bahasa yang difahami satu dunia, contohnya nama negara, nama personaliti, nama jenama seperti Toyota, Levis dan sebagainya. Tetapi, jangan lupa letakkan Google Translation tadi.

Jangan terkejut apabila blog anda punyai beberapa followers dari pelbagai bangsa, keturunan dan dari pelbagai negara apabila anda praktikkan tips-tips di atas.

Selamat mencuba.


5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement