As-Salam. Haishhh .... blog copy-paste, suatu ketika ..... itulah yang menjadi antara isi kandungan utama blog ini. Banyak informasi yang HH ambil dari dunia maya dikongsikan menerusi blog ini. Walaupun, dari satu sudut .... HH cuba menampilkan entri sebegitu dengan cara dan gaya tersendiri, namun hakikatnya, ia tetap sebuah entri yang diambil dan ditempel untuk menarik trafik.

Pada pandangan HH, tak salah nak ambil ... asalkan ambil mana yang boleh dikongsikan untuk kebaikan bersama. Dan seperti lazim yang banyak diperkatakan oleh blogger-blogger yang dah lama berblog, hargailah sumber asal apa yang anda kongsikan.

Dunia maya ini adalah dunia informasi. Dan informasi itu datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang faham, ada yang tak faham ... oleh kerana itulah, sebagai blogger yang suka berkongsi ilmu, panduan dan sebagainya, informasi dan pengetahuan yang telah anda dapat perlu ditulis kembali dalam bentuk yang mudah untuk orang lain faham; terutama sekali oleh diri anda sendiri.

Ketahui Dengan Jelas Apa Yang Dikongsikan


Jangan main senduk dalam periuk tanpa tahu apa yang sebenarnya yang anda senduk untuk diberi jamah pada orang lain. Kalau manisan tak mengapa .. bagaimana kalau anda menceduk racun?

Nak copy .. nak salin, nak tempek, nak ambil ... biar kena cara dan gaya. Dan gaya itu adalah gaya anda yang membawa identiti blog anda. Ambillah mana yang baik dan boleh memberikan manfaat pada orang lain. Hargai mereka yang sampaikan informasi kepada anda.

Ilmu ini amat luas. Ilmu dan pengetahuan yang kita dapat ini pula bukan milik kita, seharusnya dikongsi dengan cara yang beretika, mesti ada hujung dan pangkal. Kerana dengan cara itulah, kita sebenarnya bersyukur atas apa yang kita miliki, insyaAllah.




4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul tu jangan main cedok je hehe

    ReplyDelete
  2. aah..ade blog tu dia kopipes tp dia sndiri xbace, dpt detectnye dia kopipes 2x ayt yg sama..huhu. klu sy la mane nak kopipes tu sy olah dgn ayat sndiri la tp masih sama maksud

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement