As-Salam. Apakah peranan sebuah bloglist untuk sebuah blog? Anda harus tahu .... mengapa ia penting, dan mengapa ia tidak diperlukan untuk sebuah blog. Bukan semua jenis blog perlukan bloglist, dan bukan semua template blog membolehkan anda meletakkan bloglist.

Oh ya, sebelum terlupa ... bloglist adalah senarai blog. Ia selalunya diletakkan di bahagian tepi blog anda. Ada juga blog meletakkan senarai blog ini di bahagian bawah blog.

Jika anda ada masa, anda boleh gelintar dan lihat beberapa blog ternama yang hebat, ada di antara mereka tidak ada satu pun bloglist ini, dan ada yang meletakkannya hanya untuk sebab-sebab tertentu. Jadi, mari singkap apa tujuan bloglist diletakkan, dan ketahui secara am, mengapa perlu dan tidak perlu sebuah blog punyai bloglist.

11 Perkara Perlu Tahu Mengenai Senarai Blog (Bloglist) di dalam Blog


  1. Blog fotografi selalunya tidak mempunyai bloglist kerana ia lebih mementingkan paparan visual dengan resolusi tinggi, bloglist jika diletakkan akan melambatkan proses nak load gambar ke dalam blog.
  2. Blogniaga eksklusif selalunya jarang meletakkan bloglist, ini adalah kerana untuk melindungi pelanggannya daripada blog-blog lain terutama blogniaga lain dari memanipulasi pengunjung untuk mencuri pelanggan.
  3. Blog peribadi sepatutnya memaparkan kisah yang ada kaitan dengan cerita peribadi mereka - contohnya blog rakan, blog saudara-mara atau mungkin blog anak-anak mereka.
  4. Bloglist dibuat adalah untuk memudahkan pemilik blog membaca blog-blog kegemaran mereka.
  5. Bloglist dibuat untuk menyenaraikan blog-blog yang ada kaitan dengan tema dan niche blog mereka. Cara begini dapat memberi impak kepada enjin carian jika dilakukan dengan betul.
  6. Enjin carian lebih sukakan blog yang punyai tema dan niche yang jitu, maka meletakkan blog-blog yang punyai tema serupa, punyai kandungan yang hampir serupa akan menjadikan blog lebih disukai oleh enjin carian, selain meningkatkan pagerank. Itu sebab kita lihat banyak blog tutorial lebih suka letakkan blog tutorial lain di dalam bloglist mereka.
  7. Bloglist sementara - sering dibuat untuk tingkatkan pagerank dan juga ranking dalam Alexa, selalunya untuk jangkamasa 3 bulan. Bloglist seperti ini selalunya dikhususkan untuk segmen-segmen tertentu.
  8. Blog-blog hiburan selalunya amat jarang letakkan bloglist kerana tidak mahu kehilangan pembaca dan pengunjung setia mereka.
  9. Bloglist sering diletakkan untuk mempromosikan blog-blog lain yang dikendalikan. Contohnya, HH ada blog peribadi dan blog niaga ... maka diletakkan dalam bloglist. Contoh lain, anda boleh lihat blogserius di mana Obefiend meletakkan blog-blog kepunyaaannya di ruangan sebelah.
  10. Bloglist adalah untuk rakan-rakan blogger yang rapat dengan anda.
  11. Bloglist adalah untuk rakan niaga yang bekerjasama dengan blog niaga anda. Anda jual baju, maka anda letak bloglist yang jual tudung, jual kasut, jual manik dan sebagainya. Jarang letakkan blog yang jual baju sebab ini akan dianggap sebagai satu persaingan. Lebih baik kerjasama daripada letakkan blog pesaing, kerana akan kehilangan pelanggan untuk jangka masa panjang.


Jadi, dah belek bloglist anda? Ada tak dalam kategori yang HH nyatakan di atas?

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih ye kerana perkongsian ni... lagi satu, kalau tak salah, jika sesuatu blog itu berpr kecil, dia ada limit untuk external dan internal link kan kalau tak silap? jadi kalau letak bloglist, mungkin kita akan melebihi apa yang dah ditetapkan oleh google.. ini tk baik utk seo.. maafkan saya kalau saya salah..

    BalasPadam
  2. Hmm kena kaji ni .. mekasih sbb beritahu ...

    BalasPadam
  3. ada ruang lagi tak nak masuk bloglist kat sini, saya dah pindah blog baru muktasim.com :)

    BalasPadam
  4. ya...bloglist memudahkan blogwalking..hehe

    BalasPadam
  5. thanks for sharing

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement