As-Salam. Nak tegah secara langsung, HH ni idak la pandai sangat, tapi sekadar mengingatkan. Ingat-mengingati tu kan satu tuntutan, baik dalam agama mahupun dalam pelajaran moral. Sebagai rakan blogger anda, HH dengan rendah hati kongsikan perkara boleh dan tidak boleh dibuat oleh seorang blogger Malaysia.

Bukan apa, kadangkala kita lupa termasuklah HH sendiri, bahawa dalam hidup kita ini ada peraturan. Andai tiada peraturan .... matahari dan bulan tentu dah bertembung .. ye tak? Siang dan malam tentu tak ada ....Peraturan bukan nak kongkong diri kita, tetapi untuk mengelakkan kita dari melakukan sesuatu yang kita akan sesali kelak.

Dalam dunia blog Malaysia, ada perkara boleh dan tidak boleh dibuat ... perkara boleh dibuat tu banyak, tapi yang tak boleh buat ni ... tu yang nak kita, masing-masing ingat dan sentiasa mengingati.

Perkara yang ditegah buat dalam blog Malaysia

12 Perkara Tidak Boleh Dilakukan Di Dalam Blog

  1. Buat entri yang menghasut untuk melakukan sesuatu yang buruk, sesuatu yang langgar hukum, sesuatu yang langgar undang-undang. Contohnya; mengajak pembaca blog untuk mengutuk pemimpin. Kutuk tak bleh, tapi bagi cadangan tu .... oklah .. ye tak?
  2. Buat entri yang menyebarkan dakyah palsu. Ini kes libatkan agama ..... so hati-hati. Termasuk sekali menyebarkan fahaman songsang dan seumpamanya.
  3. Buat entri dakwah dengan selitkan hadith palsu dan diragui kesahihan. Letak ayat-ayat Al Quran dengan putar-belitkan maksud dan makna, serta memberi intreprestasi sendiri, walhal anda bukan alim mengenainya.
  4. Buat entri yang 18sx tanpa fikirkan sensiviti pembaca blog anda. Pandai-pandailah anda sensored sendiri ayat-ayat yang digunakan. Akal ada kan?
  5. Papar gambar yang sebenarnya tidak boleh atau ditegah dalam blog dilihat, baik dari sudut agama mahupun moral. Agak-agak nak bagi relevan dengan entri anda, pastikan anda guna cara terbaik meminimumkan kesan dan akibat dari paparan gambar yang ditegah tu.
  6. Buat entri nasihat yang keras dengan merujuk pada satu-satu individu. Baik-baik nak tegur pun, biar ada fakta, jangan sampai fitnah orang.
  7. Kongsi cerita yang terlalu peribadi dalam dunia blog. Contohnya, dok cerita apa yang dibuat malam jumaat dalam kelambu, kisah selak-selak, kisah ahh uhhh ahhh ... tu tak payah la cerita.
  8. Buat entri lucah! Yang bukan lagi 18sx ... ayat semua lucah-lucah belaka. Itu dah sememangnya langgar moral dan agama.
  9. Buat entri berbau perkauman.
  10. Buat entri yang membuka aib, baik diri sendiri mahupun orang lain. Kadangkala kita tak sedar entri kita itu sebenarnya mengaibkan orang lain. Jadi, seperti sebelum ini, baca dahulu entri anda sebelum anda publish.
  11. Entri tipu! Tajuk entri lain, isi kandungan lain .. aiyakkk ... apahal?
  12. Ajak pengunjung blog untuk menipu. Contohnya, menyuruh mereka untuk klik iklan yang bersifat bayar-untuk-setiap-klik (pay-per-click). Ini dah dinamakan penipuan klik iklan!
 
Rasanya HH dah cover semua yang mungkin menjadi kesalahan buat seorang blogger Malaysia, apabila membuat entri. Awas dan hati-hatilah. Perkara-perkara di atas juga menjadi peraturan para pengiklan untuk mengiklan di blog kita. Malah, pihak SKMM sendiri menggunakan konsep yang sama.

Tulislah apa yang baik untuk dikongsikan. Benda baik dikongsi dapat pahala, benda tak baik .... dapat apa? .... fikir dan renungkan. Hidup kita ni pendek je.

 

14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. no 11 tu mmg sakit hati klau kene..^_^

    BalasPadam
  2. thanks for the info abg HH .
    ada yang mun buat jugak tuu .
    hehe .


    www.munviolettaxious.com

    BalasPadam
  3. betul2....bukan setakat blog je tapi facebook dan laman sosial yg lain juga,,

    BalasPadam
  4. Thanks untuk senarai ini.. Kalau ada lagi penambahan nanti, bolehlah berkongsi lg dengan pembaca..
    Btw ada satu entri khas untuk saudara HH.. Jemput singgah :)

    http://zamani84.blogspot.com/2012/11/hadiah-dari-blogger-hasrul-hassan-untuk.html

    BalasPadam
  5. stuju..time ksh utk peringatan.... :)

    BalasPadam
  6. sama-sama @a2dec3c077e7bc8fcaa3a40150ab279d:disqus

    BalasPadam
  7. Ingatan baik untuk semua...

    BalasPadam
  8. wahhh hebat siap list kan lagi gitu... huhuhuh mia sememangnya tidak pernah buat dan takkan buat semua perkara yang di atas.... minta dijauhkan.. amin..

    BalasPadam
  9. Sama-sama ... nak wat camner ... tetiba datang idea untuk berkongsi perkara tu @twitter-136173626:disqus

    BalasPadam
  10. terima kasih!

    BalasPadam
  11. bagus tu bro..untuk peringatan bagi blogger baru macam aku

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement