As-Salam. Ada seorang sahabat bertanya, bagaimanakah mahu meningkatkan jumlah paparan atau pageviews bagi sebuah blog berunsur dakwah? Hmm memang susah HH nak jawab, tetapi contoh paling terbaik boleh diikuti adalah melihat akan kejayaan sebuah blog ini: Iluvislam.com
Memang tak mudah tapi tak mustahil sebuah blog dakwah mendapat ribuan dan jutaan pengunjung sebulan, malah sehari. Untuk itu, kena lebih kreatif tetapi tidak sesekali mengenepikan soal dan konsep Islam itu sendiri.
Lagi dua contoh terbaik ialah blog SaifulIslam.com dan blog AkuIslam.com. Menerusi blog-blog ini, sebagai blogger yang buat blog dakwah tentu boleh 'meniru' konsep dan cara yang dibuat.
Antara yang boleh HH simpulkan ialah bagaimana blog ini mengutarakan permasalahan yang berat tetapi dalam menyampaikan dalam perkataan yang mudah dan santai.
10 Tips Untuk Menarik Pengunjung ke Blog Dakwah
- Pelbagai isi menarik, dari isu ke berita tetapi masih lagi ada unsur dakwah dalam penyampaian. Anda boleh buat tajuk - "Ketua Pengarah Kesihatan Ditangkap Khalwat" tetapi dalam pengisian entri anda, anda buat ulasan kecil dan berikan fakta-fakta lain, yang mungkin ada kaitan, seperti tips untuk elak kahwin isteri orang dan sebagainya. Jadikan tips elak kahwin isteri orang itu sebagai kata kunci entri tersebut - diisi pada ruangan search description blogspot untuk entri tersebut.
- Letak kata-kata nasihat yang diperindahkan menggunakan banner atau poskad maya atau mungkin anda boleh buat satu dekstop wallpaper yang ada url blog anda. Pengunjung boleh muat turun percuma menerusi blog anda samada untuk hiasi blog ataupun pc mereka.
- Perkuatkan penjenamaan blog dakwah anda. Jenama penting agar orang akan tahu dan ingat lebih mudah. Jangan buat nama blog yang sukar dan url yang panjang. Lihat pada contoh HH berikan, semuanya pendek dan anda boleh agak ia tentang blog apa.
- Anda boleh buat entri cerita, berdasarkan kisah-kisah benar untuk pengajaran dan pedoman.
- Anda juga boleh kongsikan pengalaman anda sendiri, dalam konteks dakwah ... dan boleh sematkan sekali hadith sahih dan ayat Quran untuk dijadikan sebagai satu landasan.
- Kongsikan widget-widget berunsur Islamik, dan bina pautan ke blog anda.
- Kerjasama dengan blog-blog dakwah yang lain, samada meletakkan banner, atau buat tukaran link serta RSS.
- Buat kontest dan giveaway mudah. Hadiah simple sudah memadai tetapi pastikan anda kukuhkan penjenamaan blog anda. Hadiah mestilah yang ada unsur-unsur tersebut.
- Kongsi entri-entri di fanpage dakwah dan Islamik. Tetapi jangan ping kosong je, tapi buatlah sedikit review atau ayat pemikat untuk penghuni fanpage itu mengunjungi blog anda. Paling baik, adalah seperti yang HH katakan tadi, kongsikan widget Islamik, kalendar Hijrah, atau banner kata-kata nasihat yang ada url blog anda.
- Aktif dalam memberikan pendapat mengenai Islam, dan mengemukakan link ke url entri blog anda yang ada kaitan dengan perbincangan sesuatu. Anda boleh kongsikan pendapat anda itu di group-group atau komuniti yang ada kaitan.
Ada ramai rakan blogger yang buat blog dakwah ini, mereka juga hebat, dan lihat kejayaan blog-blog ini dalam menyampaikan apa yang ingin disampaikan.
Anda boleh juga baca pendapat HH mengenai blog dakwah di sini: Bila Buat Blog Dakwah
Memang tak mudah, dan besar tanggungjawabnya, jangan sampai tersalah menyampaikan, perlu tahu mana satu hadith palsu ... mana satu hadith sahih, kalau boleh anda perlu bersedia andai ada pertanyaan, dan dapatkan naskhah agama untuk dijadikan rujukan am.
tak pandai nak berdakwah secara meluas lagi....:)
ReplyDeletesekarang banyak blog dakwah. masing2 dengan cara dan peyampaian yg tersendiri. boleh ikut mana yg sesuai dengan diri, selagi mesej tu sampai.. hehehe
ReplyDeleteberdakwah juga salah satu tujuan saya berblog, hehe..
Bestnya artikel ni! Keep it up!
ReplyDeleteAroma Flavour
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.