As-Salam. Harimau Malaya - gelaran diberikan buat skuad bolasepak kebangsaan kita. Piala AFF Suzuki 2012 kini menjadi rebutan .... sebelum ini, Piala AFF Suzuki tidak sedikit pun dalam perhatian kita. Tetapi, apabila kita telah berjaya menjadi juara pada 2 tahun lepas, hampir semua orang dah tahu apa itu Piala AFF Suzuki.
Sejarah Piala Suzuki AFF ini bukan baru, tapi dah lama, cuma sebelum ini kita tidak mengenalinya sebagai Asean Football Championship. Sebelum ini piala yang menjadi rebutan pasukan bolasepak Asean ini dikenali sebagai Piala Tiger - mengambil nama satu jenama arak yang dikeluarkan Singapura. Ia telah diadakan sejak tahun 1996.
Mulai tahun 2008, Suzuki, jenama terkenal dalam dunia permotoran telah mengambil-alih penganjurannya dan dinamakan Piala AFF Suzuki.
Pemain dari Singapura Mohd Noh Alam Shah masih lagi kekal sebagai rekod penjaring terbanyak dalam sejarah kejohanan ini iaitu sebanyak 10 biji gol. Rekod itu dibuat semasa kejohanan pada tahun 2007.
Pemain Malaysia yang mengukir sejarah tersendiri di dalam Piala AFF yang sebelum ini dikenali Piala Tiger ini ialah Zainal Abidin Hassan, apabila pernah menjadi pemain paling bernilai dalam kejohanan ini pada tahun 1996.
Malaysia hanya menjadi juara pada tahun 2010, manakala Singapura dan Thailand masing-masing memegang rekod 3 kejuaraan dalam sejarah piala ini.
hope malaysia boleh terus bangkit...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.