As-Salam. Kalau yang dah lama berblog, yang dah lama berada di dunia maya ini tentu dah boleh agak rahsia ini. Ini rahsia atau senjata paling berkesan untuk mendapatkan ribuan trafik sehari. Bukan nak tipu, tetapi banyak blog telah berjaya melakukannya.
Tapi, bukan semua blog boleh mendapatkan trafik sebegitu dengan cara dan kaedah yang HH akan beritahu ini. Ianya lebih kepada blog-blog informasi atau mempunyai niche dan tema tertentu. Kalau blog anda ada tema atau paling tidak pun, sudah ada entri tertentu yang dominasi, maka senanglah nak cerita.
Ramai blogger yang akui cara ini adalah cara berkesan untuk mendapatkan trafik tinggi bagi blog, termasuklah rakan blogger HH - Ben Ashaari. Ben Ashaari ada cerita sedikit dan beri pandangan mengenainya di entri ini: Bagaimana Nak Tingkatkan Trafik Blog?
Dan HH nak bagi langkah dan kaedah yang perlu dibuat untuk dapatkan trafik ribuan yang dinyatakan.
Utamakan Dulu Pengisian di Blog
Seperti awal yang HH katakan, blog perlulah ada pengisian utama ... maka dengan ini, trafik dapat kekal tinggi untuk jangkamasa lama. Ia memang sukar kalau blog tiada tema sendiri kerana blog anda tiada target pembaca sendiri. Untuk itu, kena pastikan dulu blog anda sudah ada tema bagi membolehkan blog mendapat ribuan trafik sehari dengan cara ini.
Kaedah yang HH maksudkan ialah dengan menggunakan Fan Page di Facebook. Bukan setakat kita punya fanpage (kalau ada) tetapi juga dari mana-mana fanpage ... tetapi dengan syarat, ia mestilah kena dan bertepatan dengan tema serta pengisian blog anda.
Contoh; katakan blog anda mengenai cinta, maka entri-entri mengenai kisah cinta, petua cinta dan berkaitan dengannya bolehlah anda ping atau sebarkan di Fan Page yang ada kaitan dengan cinta. Kalau blog anda mengenai sukan bolasepak, maka bolehlah kongsi entri anda di Fan Page peminat bolasepak Malaysia. Bina kredibiliti blog anda di Fan Page berkenaan, dengan berkongsi entri-entri yang akan menarik minat mereka. Perlu dalam perhatian, mereka LIKE sesuatu Fan Page adalah kerana tema-tema serta pengisian yang ada di dalam Fan Page tersebut.
Dan pastikan pula entri kita entri yang original, kerana pembaca tidak mahu membaca atau mengetahui perkara mereka dah tahu.
Biar kena dengan tema serta tajuk entri anda dengan tema sesebuah Fan Page. Dari situ, atas minat peminat page yang sama, mereka kemungkinan besar akan klik ke entri anda itu. Jangan buat semborono, kerana ada admin yang suka blacklist atau banned apabila anda tetiba je kongsi entri yang tiada kaitan.... lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan pengiklanan seperti Says.my serta Churp Churp.
Buat secara teliti dan teratur, ikut kaedah dan petua yang HH berikan tu. InsyaAllah ... akan ada hasilnya jika tidak ribuan ..... :)
Selamat mencuba.
tapi macam saya lebih niche agama..boleh ker? Traffik bolehlah kalu entry 300pv kalu xder dalam 200 lebih pv aje...komen sikit.Bro boleh komen apa yg kurang blog saya nie...
BalasPadamtahu tips2 tu tp xreti nak buat
BalasPadamBelajar lagi ..cuba godek-godek entri lama dalam blog ni .. ada je yang HH berikan ...
BalasPadamyeahhh...betul tu ....
BalasPadamitulah dia kuasa fan page sebenarnya kan??? hehehe..
BalasPadamakan cuba.. tips yg berguna..
BalasPadamTerima kasih ... cubalah ..
BalasPadamalhamdulillah blog HH banyak membantu saya. :)
BalasPadamyes dah paham dah hehe :D
BalasPadamTerima kasih HH.. Bergunalah tips ni ;'D
BalasPadamterima kasih dengan tips ini, sangat bermanfaat sekali perkongsian ini..
BalasPadamsama-sama @donnyien:disqus ....
BalasPadammengutamakn pengisian itu tepat~ bg sye sndiri sesuatu yg dpt d mnfaat brsama.. tpi ble da kesibukan entry pn da smakin berkurang huhu
BalasPadamberusahalah ...insyaAllah ..niat yang baik akan ada kesudahan yang baik
BalasPadamTengah fikirkn tema sendiri sbnrnya ni..
BalasPadamTak apa .. perlahan-perlahan dalam mencari rentak blog
BalasPadamterima kasih. tips berguna. :)
BalasPadamSama-sama ... moga boleh dijadikan manfaat buat anda tingkatkan pencapaian blog
BalasPadamsdg membentuk identiti.. ;)
BalasPadamInsyaAllah....utamakan pengisian...
BalasPadambanyak ilmu yang boleh dipelajari di sini..terima kasih HH
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.