As-Salam. Ewah hai ... mentang-mentanglah dah jumpa awek blogger cun melecun, dahi licin dalam dunia blog Malaysia ni, anak berderet 3 udah dilupa! Aiseh .... bila blogger beristeri mengaku bujang apabila ada blogger dara jelita jadi pengikut, dan jadi peminat nombor satu ....
Berdegup kencang hati apabila si blogger yang cantik jelita menjadi pengikut, kemudian hantar mesej peribadi bertanyakan soal blog di Facebook ....dibalas sekali, terus berbunga rasa.
Apatah lagi si dara jelita tempek gambar pelbagai gaya, nampak biasa, tapi mempesona. Mata yang selalunya melihat isteri di rumah tanpa dandan kini dipaut oleh wajah cantik bermekap pipi merah di dinding Facebook dan juga di dalam blog.
Dua blogger, seorang suami orang ... dan seorang dara jelita... mula pasang perasaan di dalam blog. Masing-masing saling bantu untuk menaikkan diri dan blog dalam dunia blog Malaysia. Fuh .... terlupa si blogger suami orang bahawa dia sudah ada anak bini .....
Sekian lama, lalu ditanya tanya oleh blogger dara jelita ... adakah si lelaki sudah ada yang punya ... lalu dijawab .. "Saya masih bujang ... tiada siapa yang mahu...sebab itulah berblog!" ....
Hmmm .. bila blogger yang dah ada isteri mengaku bujang ... tak dapat nak buat apa, sekadar nasihat buat mereka yang mungkin begini, agar sentiasa ingat diri, jangan terbuai oleh 'keseronokan' sementara. Jangan aniaya anak dara jelita, kerana yang akan ramai merana adalah jejaka kacak yang tidak berpunya!
caya lah bro..
BalasPadam:)
haha..
assalamualaikum hh..betul tu jgn buat x elok mcm tu kan...dah kawin terus terang jer apa la salahnya...:)
BalasPadamhahahaha....jangan smpi mcm tue..
BalasPadamHe..23x bro xkan sesekali mengaku bujang. baikmengaku dah berempunya. kalau berani, ok je nak jadi no 2 3 4
BalasPadamHahahahaha
BalasPadamnice pic...save gaza
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.