As-Salam. Perlukah seorang blogger atau mereka yang punyai blog memiliki sebuah akaun Twitter? Ya, kerana ia boleh HH katakan sebagai salah satu platform terbaik untuk merangsang interaksi antara pengunjung blog dengan anda.
Menerusi Twitter ini, pemilik akaun yang juga blogger boleh berhubung terus dengan mereka yang mungkin menjadi pembaca setia di blog anda, atau mungkin yang sering mengikuti perkembangan diri anda di blog - untuk blog peribadi.
Malah, menerusi Twitter ... info ringkas dan padat boleh dikongsi bersama. Dan untuk sesetengah, ia merupakan satu tempat bagi mendapatkan pendapatan sampingan menerusi perkongsian iklan tertentu.
Ia juga satu tempat mempromosikan blog anda. Ia juga tempat untuk berkongsi entri terbaru di blog anda.
Twitter merupakan tempat sosial interaksi dua hala yang patut seorang blogger ada. Ia mudah dan tak sarat.
x active twitter..xtau la kenape...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.