As-Salam. Tajuk sedikit SEO dengan meletakkan Buffered Earnings (BE) is for less traffic's blog. Inilah apa yang HH dapat simpulkan apabila ada blog yang punyai trafik tinggi tidak mendapat Buffered Earnings yang mereka harapkan. Dan HH ingin kongsikan sedikit teori untuk anda fikirkan dan mungkin boleh dibincangkan.
Apa itu Buffered Earnings (BE)? Secara amnya, HH boleh katakan .... ia sama seperti Google Adsense apabila blog anda mendapat pendapatan berdasarkan kadar trafik blog sehari atau sebulan tertakluk semasa iklan Buffered Earnings (BE) ini berjalan di dalam blog.
Semakin tinggi trafik blog anda yang unik pada atau semasa BE ini berjalan, maka semakin tinggilah pendapatan yang bakal anda terima daripada Nuffnang. Konsepnya sama dengan Adsense, apabila Adsense bayar ikut trafik blog anda, kerana iklan akan keluar berdasarkan jumlah pageviews dan juga jumlah pengunjung unik.
Ok. Mengapa HH katakan BE ini untuk blog kurang trafik? BE diberikan untuk memotivasikan blog-blog yang kurang trafik untuk tingkatkan trafik blog, apabila sesebuah blog yang kurang trafik ... pemilik blog tentu akan menjalankan segala usaha untuk meningkatkan trafik blognya ketika mana BE ini sedang ada di dalam blognya.
Dan mengapa BE tidak diberikan atau jarang diberikan pada blog yang dah memang ada trafik tinggi? Sebabnya ialah ... andai Nuffnang mahupun pengiklan berikan iklan BE ini kepada blog sebegini, dah mudah-mudah je blog trafik tinggi dapat pendapatan lebat dan lumayan.. kan kan? Jadi tidak adillah pula buat blog-blog lain yang cuba mendapat pendapatan dari Nuffnang.
Jadi, apa habuan untuk blog trafik tinggi ini? Ohh ... mereka ada satu lagi jenis pengiklanan Nuffnang yang lumayan, iaitu Advertorial. Itu sebab kebanyakkan blog yang ada trafik unik sehingga 10 ribu sehari secara mudah dapat iklan Advertorial ini. Sekali dapat Advertorial, anda mungkin dapat himpun sehingga RM2-3 ribu untuk satu-satu iklan ..lumayan kan?
Jadi di sini, BE adalah untuk blog kurang trafik dimotivasikan untuk menjana lebih banyak trafik ... agar dapat satu hari nanti ... menjana pendapatan dari Nuffnang, menerusi iklan biasa ke BE dan kemudian ke Advertorial.
*p.s: Nuffnang tidak membayar sesen pun untuk penerangan ini, jadi jangan salah anggap kalau ada yang fikir HH nak promosikan Nuffnang ehh .. :P
dkna maih kejar BE :).
ReplyDeletemohon lagi banyak tunjuk ajar dari HH.
owh..ok..faham dah..Terima kasih HH
ReplyDeleteteringin sgt2 nak merasa BE..wooo.
ReplyDeletemungkin ada betulnya. :)
ReplyDeleteThanks..stakat ni tk penah dapat BE lagi
ReplyDeletehmm...saya rasa ada betulnya tanggapan ini...at least BE akan beri motivasi kepada penulis untuk rajin update entri..hehhe..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.