As-Salam. Sekiranya anda seorang blogger remaja, anda sebenarnya beruntung kerana mempunyai banyak sumber idea untuk anda tulis di dalam blog. Kehidupan anda yang penuh kerancakkan membolehkan anda berkongsi banyak perkara menerusi blog.

Untuk menjadi seorang penulis blog remaja yang baik, apa yang perlu anda lakukan ialah sentiasa ingat diri anda adalah remaja .... jadi, batas-batas diri sebagai seorang remaja akan anda tetap jaga. Yelah, bukan semua cerita anda boleh kongsikan di dalam blog.

Remaja memang suka meluahkan segala perkara, tetapi untuk meluahkan menerusi blog perlu waspada. Bukan apa, ada sahaja anasir yang ingin mencemarkan. Biar ada panduan, biar ada peraturan anda sendiri dalam berkongsi cerita di dunia maya.

Idea Entri Untuk Blogger Remaja


Sebagai remaja, anda boleh ceritakan mengenai aktiviti anda bersama keluarga, bersama teman-teman, malah bersama kucing kesayangan anda sekalipun. Buat cerita dengan santai seolah anda sedang bercerita dengan rakan sebaya anda. Cerita perkara anda paling suka buat, contohnya macam blogger Fatin Liyana, ada sahaja cerita mengenai arnabnya .... apa yang dia suka buat dengan arnab, apa jenis makanan dan sebagainya. Untuk pendekatan SEO dan informasi, anda boleh berikan tips berkaitan haiwan kesayangan anda tersebut.

Fatin Liyana dengan arnab


Kisah anda dengan aktiviti sekolah pun boleh menarik perhatian. Tentu sekali ada yang ingin tahu tentang pengembaraan anda semasa berkhemah, atau mungkin kisah anda pergi trip sekolah di masa cuti semester. Cerita secara detail tetapi berperingkat ... contohnya: Cuti ke Genting Highland - Main Salji Sejuk Ke Lutut; atau Boot Camp Sg Congkak - Mandi Air Sungai Jernih.

Sebagai remaja, anda juga akan ada aktiviti bersama teman-teman sebaya seperti pergi menonton wayang ataupun beli belah. Haa ...di situ anda boleh kongsikan petua memilih pakaian, kenapa anda pilih, di mana nak beli dan sebagainya. Kalau bab wayang, boleh ceritakan review anda dari sudut pandangan seorang remaja. Tak perlu tulis dengan cara seperti surat rasmi ... nanti orang malas nak baca....

Cara-cara dan idea menulis yang HH kongsikan itu, bukan sahaja akan menjadikan anda seorang blogger remaja yang baik, tetapi akan juga undang perhatian pihak-pihak penaja terutama jika anda berkata soal fesyen .... soal cerita yang anda tengok..... cumanya, anda perlu tulis dengan ikhlas dan jujur.

InsyaAllah.... akan ada ramai yang suka nanti.

Kredit Foto: Fatin Liyana Yang Comel


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement