Israel tidak takut dengan umat Islam, walaupun umat Islam satu dunia bercadang nak boikot barangan dan produk yang dibayangi oleh mereka. Israel juga tidak takut dengan umat Islam walaupun ada negara-negara Islam punyai senjata canggih dan merbahaya.
Kerana apa? Kerana umat Islam telah goyah akan keimanannya. Umat Islam tidak takut pada Allah S.W.T, kerana itulah segala kejadian yang dibuat untuk menjatuhkan Israel tidak menjadi. Umat Islam perlu dahulu takut pada Allah, barulah kegentaran pada yang selainNya tiada, barulah umat Islam jadi kuat, kekuatan sebenar-benarnya. Adakah anda tahu, Israel bermaksud tentera Allah?
Kenapa Israel Tidak Takut Dengan Umat Islam?
Israel tidak takut pada umat Islam kerana umat Islam sendiri tidak takut pada apa yang telah dibawakan dalam Al Quran dan Hadith. Sedangkan pihak Zionist sudah takut pada Allah S.W.T sejak awal-awal lagi, lalu mereka meneroka Al Quran, dan menjadikan ia sebagai panduan untuk memusnahkan, menakutkan dan melenyapkan Islam dari muka bumi ini.
Untuk menjadikan mereka 'kebal' daripada kekuatan yang boleh Allah berikan pada umat Islam, mereka telah memulakan serangan ke atas iman umat Islam seluruh pelusuk dunia. Mereka menjadikan umat Islam satu dunia lalai pada tanggungjawab, lalai pada perintah.
Mereka telah menyerang umat Islam dari segi rohaniah, mereka melemahkan iman umat muslimin muslimat dengan cara halus, yang kita sendiri takkan terfikirkan.
Bukan soal produk, bukan soal dana, bukan soal ekonomi ... tapi ini soal kekuatan kita yang kian terhakis dek kerana serangan rohaniah yang telah lama pihak Israel lancarkan - kepada umat Islam khususnya, dan juga kepada masyarakat dunia amnya.
Kerana itulah Israel tidak gentar dengan umat Islam, hatta dengan bantahan sedunia sekalipun. Mereka telah tanam satu keyakinan yang bangsa lain tidak ada, mereka angkuhkan diri kerana mereka telah berjaya menguasai bukan sahaja fizikal tetapi mental, budaya, bahasa dan sebagainya.
Apa yang mereka benar takutkan adalah bantuan daripada Allah, yang akan hadir andai umat Islam satu dunia telah kukuhkan iman mereka, mantapkan jiwa mereka, menjadikan Islam itu cara hidup sejati dan berpaut kuat pada Al Quran dan As Sunnah yang menjadi perisai terkuat hatta untuk melawan raja Syaitan dan Iblis laknaktullah.
saya setuju sangat! kita lemah. hanya berani membentak-bentak, suara je kuat dan lantang. hakikatnya, apa yg keluar di bibir, tak sama di hati. iman kita mudah lupus.
BalasPadamsetuju sangat.. akidah dan akhlak kita kena diperbetulkan semula.
BalasPadambetul tu.....
BalasPadamIsrael kuat sebab mereka adalah bangsa pilihan Tuhan. Cuba baca sejarah Israel betul2.
BalasPadamYa betul, saya setuju. Nabi-nabi terdahulu memang dari bangsa Israel, itu sebab bila Nabi Muhammad S.A.W lahir dari bangsa Arab, mereka menolak.
Padamhttp://www.sinarharian.com.my/mobile/global/israel-takut-kena-boikot-1.298745
BalasPadamSamgat bersetuju dengan pendapat tuan HH. Mereka sedikitpun tidak gentar dengan umat Islam tapi takut pertolongan Allah ke atas umat Islam. Jika Allah Taala menimpakan bala pada negara Israel, maka hancurlah segala kekuatan yg ada pada mereka yakni Israel.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.