As-Salam. Ramai blogger yang cuak untuk bersama menyertai kontest yang melibatkan SEO (Search Engine Optimization), ini adalah kerana dah semakin ramai blogger dan webmaster yang bijak dan hebat di dalam penggunaan kata kunci untuk SEO ini.

Tips dan panduan mengenai SEO kini bersepah di dalam dunia maya, hanya mahu dengan tidak mahu sahaja untuk pelajari dan aplikasikan di dalam blog. Buat mereka yang benar-benar serius dalam dunia blog Malaysia, pendekatan SEO memang penting untuk blog mereka. Ini adalah kerana sangat mustahak untuk blog mereka berada di dalam pengkalan data enjin carian.

Tanggapan bahawa kontest SEO hanya untuk mereka yang pakar sepatutnya dibuang jauh-jauh, kerana kini di dalam blog berorientasikan blogspot, dah ada cara mudah untuk terapkan ciri-ciri ini. Blogger.com telah menyediakan segala keperluan untuk blog anda menjadi mesra SEO. Hanya perlu klik dan tuliskan kata kunci untuk menjadi sumber trafik kepada blog.


Jadi, kontes yang berkaitan penggunaan kata kunci untuk jadi juara SEO bukan lagi hanya untuk yang pakar, malah yang baru berblog pun boleh menjadi pemenang kontes seperti ini.

Kontes SEO patut ramai yang sertai kerana ia boleh dijadikan satu asas dan sebagai penanda aras akan keberkesanan pendekatan SEO bagi sesebuah blog. Kita boleh bercakap mengenai SEO, dan berikan tips dan panduan berkaitannya, tetapi tanpa diuji ... kita takkan tahu.

Maka, HH sarankan tak kiralah anda seorang blogger lama dan berpengalaman, mahupun seorang blogger yang baru buat blog malam tadi untuk join dan turut serta dengan sebarang kontes SEO anjuran blogger-blogger Malaysia.

Rugi? Tak rugi punya ..kerana anda akan sama belajar bagaimana untuk tingkatkan kemahiran Search Engine Optimization untuk blog anda.

Contoh kontes SEO - Blog Popular

 


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. baru masuk contest seo ini buat kali pertama dan sedang menunggu resultnya keluar. 2012 tahunku yang kacak.

    BalasPadam
  2. sedang blajar memahami .. tp xpndai2 lg. hehehh

    BalasPadam
  3. Tak apa .. biar ada semangat nak belajar ... dari duduk kosong je

    BalasPadam
  4. aah...dah try byk tips...tp mcm kurang menjadi je...

    BalasPadam
  5. Kena ambik masa untuk blog dapat digelintar oleh enjin carian .. kena biarkan masa menjadikan blog kita aa integiriti

    BalasPadam
  6. betul..semua pun boleh mencuba nasib :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement