As-Salam. Ramai pengikut atau followers dalam blog tidak menjamin anda akan menerima pembaca setia yang berderetan setiap hari. Apa yang perlu anda lakukan semasa anda memulakan dunia blogging anda ialah mendapatkan pembaca setia, dan bukannya pengikut blog anda. Mendapatkan pembaca setia adalah langkah pertama anda semasa mula berblog.

Bagaimana mendapatkan pembaca setia blog anda? Cara terbaik adalah dengan meletakkan url blog anda di mana sahaja yang memaparkan sinopsis atau identiti diri anda. Anda boleh letakkan di profil Yahoo, Google mahupun di profil Facebook anda.

Kemudian, anda beritahu rakan terdekat atau sedara-mara anda yang anda mempunyai blog. Cara ini lebih berkesan untuk anda mendapatkan pembaca setia kerana mereka ini telah pun mengenali diri anda, jadi ada ikatan kepercayaan di sini.

Apabila orang yang membaca blog anda merupakan orang-orang terdekat anda, dan mereka secara lahiriahnya mengenali diri anda, mereka tentu sahaja mahu mengetahui cerita-cerita terbaru dari anda menerusi blog.

Dari sini, apabila mereka like, google+ atau kongsikan link entri menarik yang ada di blog anda, secara automatiknya anda sedang membina rangkaian pembaca dan seterusnya pengikut blog anda.

Mereka ada kawan, dan dari seorang kawan ke seorang kawan, dari seorang kenalan ke seorang kenalan, insyaAllah blog anda akan berkembang dan mendapat pembacanya yang sendiri.


9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Boleh Cuba tu walaupun agak malu...he..he

    BalasPadam
  2. mula2 blogging dulu,langsung xgtau parents even adik-beradik.....housemate pun tahu sebab asyik duk depan lappy je kan....masa duit,duit nuffnang setahun 45sen je dpt...hahaha.lucu betul,sampai arwah kawan baik pakat gelakkan.bila da lama ne,da berani gtau parents....sampai parents pun galakkan.tambah2x bila cek hasil blogging sampai ke rumah....wahhhhh....eca setuju,xperlu keja follower,yg pntg pembaca setia tu ada.

    BalasPadam
  3. wow ... tahniah ... @facebook-1583974849:disqus .... memang gitulah caranya, bila orang terdekat tahu ... mereka akan beri galakkan kepada anda untuk terus berblog ..

    BalasPadam
  4. entri yg menarik juga jgn dilupa..antara sbb lain si pembaca tu setia dgn satu2 blog ialah entri2 menarik yg dipaparkan dan ia berterusan.

    BalasPadam
  5. Pembaca setia ni sangat susah nak dapat..

    BalasPadam
  6. Hmmm sepatutnya blogger berusaha ke arah ini

    BalasPadam
  7. Setuju dengan pendapat tuan blog.

    BalasPadam
  8. Terima kasih ..... ya, memang pembca setia penting utk sesebuah blog

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement