As-Salam. Apabila anda membuat entri baru di blog, pastikan bahawa apa yang anda tulis itu berperenggan. Penting tu, bukan hanya untuk pembaca blog anda, tetapi juga untuk pendekatan SEO (Search Engine Optimization). Mengapa penting untuk menulis biarlah berperenggan?
Seperti yang dah HH ceritakan sebelum ini, menerusi perenggan ini, enjin carian akan melihat struktur isi kandungan blog anda. Ia akan lihat kepala, badan dan juga kaki .....maka dalam hal ini, entri blog anda perlu ada pendahuluan, isi utama dan akhir sekali, macam kesimpulan.
Di setiap perenggan ini pula mesti ada kata kunci yang anda gunakan untuk SEO. Kata kunci ini mesti ada pada tajuk entri, di awal perenggan, di isi utama dan juga di kaki atau di perenggan akhir entri baru blog anda tersebut. Nak menambahkan lagi penekanan bahawa itu merupakan kata kunci untuk entri tersebut, anda boleh gelapkan samada satu perkataan, dua atau satu ayat kata kunci... asalkan ada terkandung kata kunci tersebut.
Ada di kalangan rakan blogger yang mengatakan, anda juga boleh gariskan perkataan kata kunci tersebut. Dan boleh juga buatkan link tertentu untuk dipaut pada entri lain yang ada kaitan. Cara ini meningkatkan Google Pagerank blog anda.
Ingat balik karangan semasa anda ambil SPM dulu ... begitulah caranya. Sama je .... :)
Entri berperenggan juga memudahkan pembaca blog anda untuk ketahui mana yang penting dalam entri tersebut. Bukan semua pengunjung suka baca keseluruhan entri anda. Ada tu suka ambil kepala .... ada yang tgk badan, ada lak yang suka layan kaki ... jadi, pandai-pandailah anda memikat pengunjung ini di perenggan-perenggan tersebut.
Dalam SPM dan PMR pun, kalau karangan tak berperenggan akan mendatangkan bala. Ini pula bila berblogging. Kenak ingat apa yang guru bahasa pesan dulu.
BalasPadamMesti ingat pesan guru bahasa masa masih bersekolah dulu. Kalau karangan tak berperenggan, ertinya karang tak terurus.
BalasPadamArtikel berperenggan selalunya lebih menarik untuk di baca. Kalau tak ada perenggan tu macam boring sikit...And kalau dibold untuk sesetengah keywords akan lebih attractive rasanya..
BalasPadamyup. setuju. tulis berperenggan memang perlu. tak sakitkan mata dan mudah nak baca. kekadang entri, isi kandungan semua dah menarik, tapi sebab takde perenggan orang tak nak baca
BalasPadamkalau tak letak perenggan sebab dia bukan nak orang baca kot
BalasPadamSETUJU... sbg pembaca.. leeza sndiri suka baca yg berperenggan.
BalasPadamada perenggan lagi mudah orang nak baca... lagi nampak kemas... =)
BalasPadamassalamualaikum hh...menarik2 kena ada caranyakan...:)
BalasPadamklau brperenggang nk baca pon senang,,
BalasPadamfirst impression yg mneyenangkan dan mata pn relax nk cari isi utama kandungan
...
p/s:sekadar pandangan peribadi hehe
pengalaman sndiri, kdg2 rasa semak mata kalau nk baca entry yg 1 perenggan.. panjang plak tuh... nk plak ayat plak jenis euw2... hahaha
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.