As-Salam. Siapakah yang paling hebat dalam dunia blog Malaysia? Adakah Ben Ashaari? Adakah Lyssa? Adakah Denaihati? Adakah Greenlava? Adakah Ariff Syah? Siapa? Siapa yang berani mengaku dia adalah blogger yang paling hebat dalam dunia blog Malaysia ini? Siapa? Siapa berani?
Tak ada siapa yang berani kerana HH percaya semua yang HH sebutkan di atas tu sudah tahu siapa yang lebih hebat. Hanya DIA yang terhebat. Kalau bukan DIA yang berikan ilham untuk menulis, segalanya tidak mungkin... kan kan?
Jadi, kesimpulannya ... dalam dunia blog Malaysia, tiada sesiapa pun yang benar-benar hebat kerana yang hebat takkan mengaku mereka hebat kerana mereka tahu ada yang lebih hebat dari mereka. Hidup ini ibarat roda ... kejap atas....kejap bawah. Hari ini ada blog dengan ribu-ribu trafik, esok? Lusa?
Nak gah setakat mana pun ... sekejap je hidup kat dunia ni. Mati. Blog?
blog tinggal kenangan
BalasPadamdalam dunia blog, sesiapa yg mampu membawa nama sendiri sehingga dikenali...dia mungkin menjadi hebat...
BalasPadammemang hidup seperti roda kadan kita diatas dan terkadang kita dibawah.
BalasPadamterbaik! :-)
BalasPadamGreenlava.. Greenlava..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.