As-Salam. Dalam mengetahui akan keperluan SEO (Search Engine Optimization) dalam sesebuah blog atau laman sesawang, perkara yang perlu anda ketahui sebagai salah seorang pemberi informasi di dunia maya ini ialah cara bagaimana enjin carian seperti Google akan mengindekskan entri dan blog anda untuk diletakkan dalam pengkalan data carian.

Secara ringkasnya, enjin carian akan menggunakan satu algorithma atau arahan ataupun perintah dalam bahasa komputer menggunakan robot carian untuk menggelintar dunia maya ini bagi mencari maklumat dan informasi yang dapat menggambarkan apa yang dicari menerusi kata kunci tertentu. Kata kunci ini pula adalah merupakan input yang diberikan menerusi enjin carian untuk mendapatkan output berbentuk maklumat kepada yang mencari - iaitu pengguna internet.

Google telah berusaha keras dalam memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan relevan dengan kata kunci yang dicari. Mereka telah mempunyai lebih daripada 200 kaedah untuk mengesan akan ketepatan informasi yang disalurkan menggunakan kata kunci tertentu.

Google Algorithm

Blog atau entri yang mempunyai informasi paling tepat berdasarkan kata kunci tertentu akan diindeks paling atas dalam enjin carian. Tiga perkara umum yang biasa digunakan oleh enjin carian untuk mengindeks blog atau entri atau laman sesawang adalah seperti berikut:

3 Kaedah Umum Enjin Carian Indeks Entri Blog


1. Kekerapan Kata Kunci

Sebanyak mana atau kadar kekerapan kata kunci yang dicari dinyatakan dalam kandungan entri tersebut. Kadar ini ada hadnya, Google menetapkan berdasarkan algorithma terbaru, jumlah kekerapan yang melampau akan dianggap sebagai keyword farming, dan bakal dikenakan penalti khusus. Pastikan entri di dalam blog anda tidak menggunakan cara ini iaitu meletakkan kata kunci carian tertentu terlalu kerap.

2. Kedudukan Kata Kunci

Kedudukan kata kunci yang dicari itu, samada perkataan yang dicari itu berada di tajuk sesebuah blog atau sesebuah entri di dalam blog. Google juga akan melihat pada penempatan kata kunci berdasarkan url atau pautan, samada kata kunci itu terkandung di dalam pautan tersebut yang berkadaran pula dengan tajuk sesebuah blog atau entri. Contoh; tajuk blog anda ialah blog popular 2012, dan url blog anda ialah blogpopular2012.blogspot.com ... sudah tentu blog anda akan tersenarai paling atas dalam enjin carian, atau paling tidak di halaman utamanya.

3. Signal Kualiti

Signal kualiti sesebuah kandungan. Di sini anda akan nampak mengapa begitu penting penggunaan Facebook Like mahupun Google+. Enjin carian akan mencari signal-signal ini dalam entri atau blog anda sebagai satu bentuk ukuran akan kualiti kandungan blog anda. Semakin banyak entri atau blog anda mendapat 'pemarkahan' begini, maka peluang sangat baik untuk dipaparkan dalam halaman utama enjin carian. Ia juga menunjukkan blog anda punyai kredibiliti tertentu dalam menyalurkan informasi yang tepat. Malah, amat penting untuk anda memperbaiki kedudukan Alexa dan Google Pagerank blog anda supaya penunjuk aras ini memberikan satu tempat istimewa buat blog anda di dalam enjin carian.

Semoga dengan pendedahan dan maklumat ini dapat membolehkan anda sedikit faham akan apa yang harus anda buat untuk membolehkan blog anda memberi manfaat kepada mereka yang dahagakan informasi terbaik dan tulen.




9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement