As-Salam. Buat mereka yang baru memulakan pengalaman dalam berblog melalui blogspot, widget follower pasti akan menjadi satu widget wajib yang perlu diletakkan. Mengapa dan kenapa, masing-masing ada sebab tersendiri, tetapi HH sudah simpulkan beberapa perkara, dan pada HH ia boleh dijadikan alasan mengapa widget follower atau pengikut ini adalah antara widget paling popular di dalam blogspot.

Widget follower atau pengikut, sebelum ini bukanlah menjadi widget yang menarik untuk diletakkan di dalam blogspot. Ini adalah kerana, di awal adanya widget ini, ianya hanya khas untuk mereka yang mempunyai akaun dengan Google, dan juga Friends Connect. Tetapi, lama kelamaan ... ia telah diperluaskan untuk hampir semua pengguna internet.

Apakah kepentingan widget ini sehingga hampir semua blog dengan blogspot mempunyainya? Apakah kelebihan mempunyai widget ini di dalam blog anda?

Widget Follower Sebagai Penanda Aras Kekuatan Sesebuah Blog


Pihak Google dan Blogspot mengakui bahawa kekuatan sesebuah blog itu adalah antara lain mempunyai pengikut yang ramai. Pengikut yang ramai bermaksud sudah ada penanda aras bagi sesuatu blog itu dikenali ramai, atau dengan kata lain; ia boleh dijadikan kayu pengukur bahawa blog itu adalah popular di kalangan para pengguna internet.

Dengan sebab itulah, Google memperluaskan penggunaannya dan menjadikannya antara widget wajib ada apabila anda buat satu blog baru.

Widget Follower - Platform Menghargai dan Dihargai


Pengikut atau follower adalah satu platform untuk para pengunjung menyatakan pengiktirafan, sokongan dan tanda menghargai apa yang telah dilakukan oleh tuan punya blog. Tanda penghargaan ini diberikan mungkin kerana blog tersebut telah memberikan mereka banyak ilham, banyak manfaat dan mungkin juga kerana blog tersebut telah menarik minat dan perhatiannya.

Dan untuk tuan punya blog, meletakkan widget follower ini akan memudahkan orang lain untuk memberikan sokongan kepada blognya. Ia memberikan satu tanda bahawa blognya diperlukan, tanda bahawa blognya perlu tampil dengan lebih banyak artikel, entri dan posting menarik untuk semua.

Begitulah adanya bagaimana widget ini begitu penting untuk blog-blog dalam platform blogspot. Pengiklan pun akan melihat jumlah pengikut ini untuk memberikan kelebihan pengiklanan. 

Widget ini hanyalah satu penanda aras umum, banyak lagi bentuk penanda aras bagi sesebuah blog yang anda harus tahu. Jika mahu blog anda dihargai dan untuk menghargai, widget ini adalah pilihan anda untuk dimasukkan dalam blogspot anda.


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement