As-Salam. Apa itu rukun? Rukun merupakan satu prinsip yang perlu diikuti dalam apa jua keadaan sekalipun. Ia seperti satu panduan untuk memudahkan kita membuat perancangan dan keputusan.
Dunia blog Malaysia, ada rukun tak? Setakat ini HH belum jumpa lagi mana-mana blogger yang mengutarakan rukun untuk blogger dan blog Malaysia. Mungkin patut ada satu rukun untuk dijadikan panduan agar blog kita terhindar dari perkara-perkara tidak diingini.
Tengah dan sedang melayan cerita Jackie Chan dengan anak dara HH, tetiba idea pun sampai .... sehingga terbitnya entri ini bagi memperkenalkan rukunblogger!
Kepercayaan kepada Tuhan
Kita mesti percaya bahawa adanya Tuhan yang mengatur setiap perjalanan hidup, maka apabila kita membuat entri yang ada kaitan dengan perjalanan hidup, kita sentiasa ingat bahawa kita ada Tuhan - tempat bergantung seluruhnya. Kita ada kepercayaan yang akan membendung kita menulis perkara-perkara yang melanggar perintah Tuhan dan agama.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Sebagai seorang blogger yang berada di dalam sebuah negara yang punyai raja, maka perlulah setia kepada raja yang memerintah. Negara dibawa antara prioriti utama dalam memastikan blog kita bercirikan negara tercinta ini, dan bukannya mengangkat negara lain untuk dijadikan sumber entri kita. Sesekali hindarkan diri dari membuat entri yang menjatuhkan maruah raja dan negara.
Kedaulatan Undang-Undang
Undang-undang perlu dipatuhi, undang-undang untuk menulis entri yang baik perlu sentiasa tersemat di dalam hati. Malah, prinsip SEO juga mementingkan kita mematuhi undang-undang dan peraturan SEO. Dalam pengiklanan di blog juga ada undang-undang, elakkan terbabit dengan penipuan klik iklan dan sebagainya. Tidak membuat entri yang memperdaya dan menipu pengunjung serta pembaca.
Kesopanan dan Kesusilaan
Penggunaan bahasa yang tidak berapa elok mestilah dielakkan. Anggap setiap kali kita mahu menghamburkan perkataan-perkara yang langgar kesopanan dan kesusilaan itu adalah untuk diri sendiri, maka .... kita akan sedar betapa tak bergunanya menggunakan perkataan-perkataan tidak sepatutnya di dalam menulis entri blog. Kita juga perlu hormati dan hargai penulisan blogger lain seandainya anda seorang blogger yang gemar kongsi info dan melakukan entri 'copy-paste'.
Keinteraktifan Pengunjung dan Pembaca
Satu kesinambungan apabila blog sudah ada pengunjung dan pembaca setia. Jalinan kemesraan perlu dibina dan dijalinkan agar blog sentiasa relatif dengan trafik serta relevan untuk dibaca. Interaktif dengan pembaca blog dalam pelbagai medium - perjumpaan, komuniti, twitter, facebook, google+ dan seumpamanya.
Ini adalah sekadar cetusan rasa dan fikir yang singkat, mungkin anda ada idea lebih hebat daripada HH. Mungkin ada rakan blogger yang lain telah punyai prinsip dan rukun sendiri apabila membuat entri, dan menulis blog.
Apapun, pastikan diri kita yang ada blog ini sentiasa terpaut pada satu-satu panduan agar kita tidak menulis terlalu kurang atau terlalu berlebihan.
haahhaa...blogging pun harus ada rukun.terbaiklah~
BalasPadamrukun iman pun belum hapai...
BalasPadamRukun iman tidak perlu dihafal ... iman mana boleh hafal2 ... iman kena sematkan di hati dan jadi darah daging ...:)
BalasPadamRukun perlu diikut untuk kesejahteraan dunia blogger.
BalasPadamnice bro HH
BalasPadamTerima kasih ... kerana anda jugalah HH dapat idea ni
BalasPadamthanks bro sebab mengingatkan :)
BalasPadamsama-sama @google-b102a8784b6d515568951e1e289e58ae:disqus
BalasPadamBerblogging juga ada rukun. Terima kasih sudi kongsi ilmu.
BalasPadamSama-sama .... idea datang untuk menulis perihal ini
BalasPadamassalamualaikum hh...betul2 tu...;)
BalasPadamW'salam .... ya betul dan harap dapat diikut agar kita jadi manusia yang betul!
BalasPadamWah.. Awesome
BalasPadamCantik rukun blogger ni..
:) terima kasih @raimisyazwan:disqus
BalasPadamJika ada yang ikut .. alhamdulillah
BalasPadamhello hasrul,
BalasPadamterima kasih kerana mengingatkan.. kadang-kadang manusia ni mudah sangat lupa.
Hmm manusia biasalah ... ada kekurangannya .. itu sbb sesama manusia kena saling ingat supaya masing2 boleh terhindar dari melakukan kesilapan
BalasPadamSuka dgn 5 rukun blogger ni. Terima kasih mengingatkan. Amat bagus saya blogger baru sematkan dalam blog saya juga :)
BalasPadamTerima kasih... tetiba dapat idea ni
BalasPadamyeah... rukun ni perlu. agr ada lah juga prinsip.
BalasPadamBetul tu @facebook-1065863080:disqus
BalasPadamdkna setuju dengan 5 rukun blog nie.. apa yang lebih penting bagi dkna menjaga silatulrahim antara blogger :)
BalasPadamBetul tu @dknaabza:disqus .... silaturrahim yg akhirnya jadi walimah .. hehheehe
BalasPadamrukun pertama tu penting..
BalasPadamsyok2 dok tulis gosip smpi lupa tulisan kita dibaca ramai org..
rukun ni patut jd panduan semua blogger.
Benar.... kita manusia yang ada pegangan ... jadi dalam apa jua yg kita buat .. mestilah ada panduannya
BalasPadamidea
BalasPadambetul tu HH..
BalasPadamHarus dipraktikkan blogger Malaysia .. setuju?
BalasPadamIdea untuk blogger Malaysia ni
BalasPadamPasti. Errr dah LIKE ke?
BalasPadamPerlu bagi memastikan blogger Malaysia disegani seluruh dunia!!
BalasPadamYa ... kita manusia sering lupa bahawa kita ada rukun, panduan, nas, hadith, undang-undang.
BalasPadamharus dipraktikkan kepada blogger terutamanya blogger zaman sekarang. blogger yg dahulu kala mempunyai etika blogger yg tinggi
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.