As-Salam. Bagaimana nak tentukan niche atau tema blog anda? Ada blogger yang nampaknya sukar nak tentukan apakah niche blog mereka walaupun dah agak lama mempunyai blog. Blog yang mempunyai niche dan tema adalah salah satu contoh blog yang baik kerana anda menulis blog menjurus kepada satu-satu topik atau kategori.

Kebaikan ada blog yang punyai niche ini ialah anda boleh menjenamakan blog anda secara mudah. Selain itu, ia sangat digemari oleh enjin carian kerana blog anda adalah blog informasi tertumpu. Ia juga sangat digemari oleh Google Adsense.

blog hasrulphoto


Untuk mengetahui tema atau niche blog anda sebenarnya mudah, cuma mungkin anda tak perasan kerana apabila begitu asyik berblog, anda tanpa sedar menulis entri yang menjurus kepada sesuatu. 

6 Cara Untuk Ketahui Niche (Tema) Blog

  1. Lihat entri mana yang paling banyak orang komen. Di situ anda boleh tetapkan bentuk dan tema bagi blog anda.
  2. Perhatikan entri-entri yang mendapat bilangan atau jumlah klik yang sederhana banyak ... bukan yang popular tetapi sederhana banyak. Entri yang popular ni selalunya bermusim, adalah lebih baik anda lihat entri anda yang purata jumlah klik atau pageviews lebih kurang sama. Maka, di situ anda boleh lihat bentuk entri yang digemari oleh pengunjung blog anda secara purata.
  3. Cuba lihat jumlah entri menerusi kata kunci tertentu. Jika kata kunci atau label anda itu yang paling banyak anda buat, maka .... secara amnya anda boleh buatkan blog anda mempunyai niche sedemikian.
  4. Lihat entri yang paling banyak pengunjung LIKE atau G+, salah satu cara lagi untuk anda ketahui entri bagaimana paling digemari di dalam blog anda, kumpulkan entri-entri ini dalam satu kategori am, atau ambil sahaja label yang telah anda tetapkan untuk entri tersebut sebagai salah satu niche yang mungkin bagi blog anda.
  5. Jangan abaikan juga gadget entri paling popular. Walaupun HH tak berapa galakkan, tetapi cuba lihat entri paling popular sepanjang masa .... mungkin anda boleh lihat idea untuk niche blog anda. Elak lihat entri paling popular mingguan atau bulanan.
  6. Jenis entri mana yang ada gambar. Selalunya entri yang paling banyak gambar ini menunjukkan satu kesungguhan anda menulis entri. Maka, ia juga boleh dijadikan kayu ukur untuk mengetahui apakah niche blog anda.

Selamat menyelami jiwa blog anda untuk mencari niche blog. Apabila dah ada niche, barulah anda boleh menjenamakan blog anda secara berperingkat. Penjenamaan blog perlu untuk blog mudah dipromosikan dan untuk dikenali dalam dunia blog Malaysia.

p.s: Salah satu contoh blog HH yang ada niche tertumpu adalah blog fotografi HH - hasrulphoto.blogspot.com

16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. owh, begini caranya.
    Terima kasih berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  2. Salam bro.

    Dalam kita asyik berblog, kita tak sedar entri2 yang kita buat menjurus kepada perkara yang kita minat, Kita beranggapan, blog kita belum memperolehi identiti.. Di sebalik itu, rupa2nya ada perkara yang kita minat dan arif tentangnya. Itulah niche kita. Perbetulkan bro kalau saya silap.

    ReplyDelete
  3. memang susah nak tentuka niche blog...

    ReplyDelete
  4. oh mcm tu rupanya .. blog sy blog personal .. mmg carca marba la .. mcm2 ad .. hehehehe ...

    ReplyDelete
  5. terima kasih utnuk info ini

    ReplyDelete
  6. nice info abg HH... fyna pun ngah pening niche sendiri.

    ReplyDelete
  7. Blog @denaihati ada cerita bagaimana blognya carca marba dan dapat niche sendiri

    ReplyDelete
  8. terima kasih untuk infonya hh :) puan gojes pinjam entry ya :)

    ReplyDelete
  9. sedang mencari tema yg sesuai juga utk blog ini.. thanks utk perkongsian ilmu ni :)

    ReplyDelete
  10. sama-sama .. memang banyak blogger bermula dengan blog carca marba

    ReplyDelete
  11. Betullah tu .... seperti yang dimaksudkan dalam entri di atas ...:)

    ReplyDelete
  12. Mmg dh lama tulis blog tp dok perapkan je utk sendiri baca, la ni baru je bukak for public lbh kurang 2 ke 3 bln je..cheque yg pertama dr Nuffnang pun lom dpt lg hehehe..(tp yg tu x pe le sgt,x byk mana pun)..tu yg byk x tau lg tu..tercari2 niche yg power..(hahaha kalu power le), ok lps ni akn kaji sedlm2nya...tahniah for the gd info..

    ReplyDelete
  13. niche saya , saya dah kaji...niche mirip agama , kalu campur aduk payah mcm rojak...mcm mana nak mesra seo kan,,,heheh....pape thanks bro,

    ReplyDelete
  14. Sama-sama .. rojak pun sedap .. tapi kalau ikut rojak .. stgh tmpat rojaknya tak sama dengan rojak kita .. kan kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement