As-Salam. Bagaimana nak tentukan niche atau tema blog anda? Ada blogger yang nampaknya sukar nak tentukan apakah niche blog mereka walaupun dah agak lama mempunyai blog. Blog yang mempunyai niche dan tema adalah salah satu contoh blog yang baik kerana anda menulis blog menjurus kepada satu-satu topik atau kategori.
Kebaikan ada blog yang punyai niche ini ialah anda boleh menjenamakan blog anda secara mudah. Selain itu, ia sangat digemari oleh enjin carian kerana blog anda adalah blog informasi tertumpu. Ia juga sangat digemari oleh Google Adsense.
Untuk mengetahui tema atau niche blog anda sebenarnya mudah, cuma mungkin anda tak perasan kerana apabila begitu asyik berblog, anda tanpa sedar menulis entri yang menjurus kepada sesuatu.
6 Cara Untuk Ketahui Niche (Tema) Blog
- Lihat entri mana yang paling banyak orang komen. Di situ anda boleh tetapkan bentuk dan tema bagi blog anda.
- Perhatikan entri-entri yang mendapat bilangan atau jumlah klik yang sederhana banyak ... bukan yang popular tetapi sederhana banyak. Entri yang popular ni selalunya bermusim, adalah lebih baik anda lihat entri anda yang purata jumlah klik atau pageviews lebih kurang sama. Maka, di situ anda boleh lihat bentuk entri yang digemari oleh pengunjung blog anda secara purata.
- Cuba lihat jumlah entri menerusi kata kunci tertentu. Jika kata kunci atau label anda itu yang paling banyak anda buat, maka .... secara amnya anda boleh buatkan blog anda mempunyai niche sedemikian.
- Lihat entri yang paling banyak pengunjung LIKE atau G+, salah satu cara lagi untuk anda ketahui entri bagaimana paling digemari di dalam blog anda, kumpulkan entri-entri ini dalam satu kategori am, atau ambil sahaja label yang telah anda tetapkan untuk entri tersebut sebagai salah satu niche yang mungkin bagi blog anda.
- Jangan abaikan juga gadget entri paling popular. Walaupun HH tak berapa galakkan, tetapi cuba lihat entri paling popular sepanjang masa .... mungkin anda boleh lihat idea untuk niche blog anda. Elak lihat entri paling popular mingguan atau bulanan.
- Jenis entri mana yang ada gambar. Selalunya entri yang paling banyak gambar ini menunjukkan satu kesungguhan anda menulis entri. Maka, ia juga boleh dijadikan kayu ukur untuk mengetahui apakah niche blog anda.
Selamat menyelami jiwa blog anda untuk mencari niche blog. Apabila dah ada niche, barulah anda boleh menjenamakan blog anda secara berperingkat. Penjenamaan blog perlu untuk blog mudah dipromosikan dan untuk dikenali dalam dunia blog Malaysia.
p.s: Salah satu contoh blog HH yang ada niche tertumpu adalah blog fotografi HH - hasrulphoto.blogspot.com
owh, begini caranya.
BalasPadamTerima kasih berkongsi ilmu
Salam bro.
BalasPadamDalam kita asyik berblog, kita tak sedar entri2 yang kita buat menjurus kepada perkara yang kita minat, Kita beranggapan, blog kita belum memperolehi identiti.. Di sebalik itu, rupa2nya ada perkara yang kita minat dan arif tentangnya. Itulah niche kita. Perbetulkan bro kalau saya silap.
memang susah nak tentuka niche blog...
BalasPadamoh mcm tu rupanya .. blog sy blog personal .. mmg carca marba la .. mcm2 ad .. hehehehe ...
BalasPadamterima kasih utnuk info ini
BalasPadamnice info abg HH... fyna pun ngah pening niche sendiri.
BalasPadamBlog @denaihati ada cerita bagaimana blognya carca marba dan dapat niche sendiri
BalasPadamterima kasih untuk infonya hh :) puan gojes pinjam entry ya :)
BalasPadamSilakan .. tak ada masalah ....
BalasPadamsedang mencari tema yg sesuai juga utk blog ini.. thanks utk perkongsian ilmu ni :)
BalasPadamsama-sama .. memang banyak blogger bermula dengan blog carca marba
BalasPadamBetullah tu .... seperti yang dimaksudkan dalam entri di atas ...:)
BalasPadamMmg dh lama tulis blog tp dok perapkan je utk sendiri baca, la ni baru je bukak for public lbh kurang 2 ke 3 bln je..cheque yg pertama dr Nuffnang pun lom dpt lg hehehe..(tp yg tu x pe le sgt,x byk mana pun)..tu yg byk x tau lg tu..tercari2 niche yg power..(hahaha kalu power le), ok lps ni akn kaji sedlm2nya...tahniah for the gd info..
BalasPadamniche saya , saya dah kaji...niche mirip agama , kalu campur aduk payah mcm rojak...mcm mana nak mesra seo kan,,,heheh....pape thanks bro,
BalasPadamSama-sama .. rojak pun sedap .. tapi kalau ikut rojak .. stgh tmpat rojaknya tak sama dengan rojak kita .. kan kan?
BalasPadamhebat tips sifu ni tq
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.