As-Salam. Ingatkan blog-blog lama je yang kena ceduk bulat-bulat (copy-paste), rupanya ada blog yang baru nak bertatih pun jadi mangsa. HH bukan nak perhangatkan isu, tetapi kadangkala kasihan dengan blogger-blogger baru yang cuba mencari tapak dengan penulisan original mereka ni.
Blogger baru terkilan kerana entrinya yang kena ceduk yang dimuatkan di blog lain lebih hebat darinya. Manakan tidak, si penceduk entri telah mendapat banyak trafik menerusi entri yang diambil, sedangkan tuan punya asal benda yang ditulis dapat trafik ciput je.
Dah tu, jadi entri paling popular lak di blog yang satu tu. Kasihan blogger baru yang cuba nak mendapat tempat dalam dunia blog Malaysia.
Apa silapnya? Itulah, HH dah beritahu ...walaupun blog kita yang pertama memaparkan cerita dan kisah, atau berkongsi sesuatu yang berguna di alam maya menerusi blog .... sekiranya blog tidak cukup mesra SEO, maka akan dibenam begitu sahajalah.
Bukan setakat SEO yang perlu ditekankan, malah usaha untuk promosikan blog dan entri tu juga penting untuk mendapat trafik yang baik.
Mungkin itu yang telah dilakukan oleh blog-blog yang mendapat trafik tinggi menerusi entri copy-paste ini. SEO dan ping entri, dua perkara yang boleh memberikan trafik kepada entri copy-paste!
blogger lama tu tak bg backlink ke?
BalasPadammesti bgi back link sian nyer
BalasPadamBagi backlink tetapi itulah ... yang copy paste tu yang meletup
BalasPadamBiasalah tu. Kalau yang dok cedok tu ilmu SEO nya lebih power yang memang ketinggalan ler yang kena cilok artikelnya tu. sebab tu kena belajar how to improve your blogging skill. Ini tidak..kebanyakkan blogger baru cuma tau taip and publish. Promotenya malas.
BalasPadamkonsep ni pun diguna pakai oleh mashable.. dia copy paste tapi bg credit pada artikel asal. tak tahu nak kata benda ni salah atau tak sebab mashable pun guna cara ni...
BalasPadamwalaupun di creditkan, tapi diorang yg teror SEo gak yang dapat traffik tinggi...
BalasPadamselagi blogger pandai copy paste entri blog lain selagi itulah aktiviti tidak bermoral ini akan berterusan.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.