As-Salam. Erkkk ... terkejut HH bila mendapati ada sebuah blog tu menyediakan khidmat sewaan bloglist. Perghhh buat duit tu .... nih, kalau HH seorang blogger yang cukup terkenal dan ada ribuan pengikut, senang-senang je buat duit ni .... takyah sewa mahal-mahal, cukup RM10 untuk sebulan... errkk mahal tu ... RM1 sebulan ... senang2 dah boleh dapat RM200 - maksima bloglist boleh muat 200 blog sahaja.

Bloglist berbayar ... patut ke tak patut? Ok, meh bandingkan kalau seorang blogger sediakan tempat beriklan seperti banner dan teks link. Apa bezanya?

Dari segi SEO, blog-blog yang terlalu banyak iklan dah tentu akan dikenakan penalti oleh enjin carian. Itu dah tentu, sebab memang dah termaktub dalam terms and condition untuk sesebuah blog atau laman sesawang berada di enjin carian utama.

Jadi, kebanyakkan blog takkan berani nak letak iklan banyak-banyak, tak berani nak letak banner atau iklan berbentuk teks. Selain itu, ia sebenarnya akan membuatkan blog jadi berat secara tidak langsung kerana setiap kali banner nak load yang melibatkan gambar, ia akan menjejaskan prestasi kepantasan blog dan juga menjadikan saiz blog itu besar.

Blog Tidak Digalakkan Ada 100 Pautan Luar


Dan lagi, sesebuah blog tidak boleh mempunyai lebih daripada 100 pautan luar, kerana lebih daripada itu ia akan menjejaskan pengiraan prestasi Google Pagerank dan ranking Alexa. Menurut Matt Cutts, seorang yang menjadi tulang belakang teknikal enjin carian Google .. adalah lebih baik sebuah blog itu mempunyai kurang dari 100 link atau pautan luar unik.

Sekarang, fikirkan pula tentang bloglist tadi, seandainya blogger itu tidak mahu blognya terjejas dengan peraturan yang HH sebutkan tadi, mungkin ada rasional blog tersebut mengenakan sewaan - sama seperti menyewa tapak iklan dalam blog.

Tapi .. haaa .... tapi, pada pendapat HH ... bloglist ini tujuannya adalah untuk meletakkan senarai blog yang menjadi kegemaran kita sebagai blogger. Ia juga bertujuan sebagai mengimarahkan hubungan antara blog-blog selain berkongsi informasi dan menjadikan blog itu kaya kandungan. Tambahan lagi, ia bukan bersifat komersil.

Perlu ada ingat ... iklan adalah untuk mana-mana pihak memperoleh keuntungan menerusi keuntungan. Pihak letak iklan untung sebab blognya disewa tapak iklan, dan yang letak iklan untung sebab ia akan promosikan produk mereka di blog berkenaan.

Uhh panjang lebar dah. Sekarang, apa kata anda? Pendapat anda mengenai bloglist berbayar ini. Kongsikan dengan pembaca yang lain.




18 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bloglist tak perlu la nak berbayar kot,, bertukar-tukar ok la jugak,, bukannya manjang blog kita nampak kat bloglist,,, rugi,, lainla kalau banner.. tapi kalau ada yang sanggup ok je,, no hal,, http://mujadafewa.blogspot.com/2012/12/mak-tanggang-pun-tak-bagi-peluang-kat.html

    BalasPadam
  2. kalau kes kena bayar ni mesti melibatkan 2 belah pihak..so kalau 2-2 belah pihak setuju dengan term & condition saya rasa takde isu kat situ..sekadar pendapat :)

    BalasPadam
  3. Tapi bloglist .... hmm kalau letak banner iklan mungkin itu lebih baik ...

    BalasPadam
  4. mcm menarik je..untung tu~

    BalasPadam
  5. Untung tapi tidak adill .. tak ke gitu?

    BalasPadam
  6. kaya bebenor irg yg buat bloglist berbayar ni......
    rasanya mcm tak perlu. itu jwpn sy. hehehe

    BalasPadam
  7. Hmmm .. .... yelah.... memang difikirkan tak sepatutnya buat gitu ... kasihan blog-blog yang nak naik ni ...dah semua kena bayar susahlah ...

    BalasPadam
  8. ohh.. kalau macm tu ok lah.. Takut juga status Glitteratti ditarik balik. Terima kasih En.Hasrul.

    BalasPadam
  9. Sama-sama ... jgn risau ehhh .... @4fd227f597bd0a1be85cfd7c44b96507:disqus

    BalasPadam
  10. xpatot bloglist berbayar melainkan blog tu mampu memberi trafik tinggi...

    BalasPadam
  11. hai bro,


    terima kasih, banyak yang saya pelajari disini..

    BalasPadam
  12. kayo lah klau buat cm tu

    BalasPadam
  13. nak tanya sikit. Kalau saya letak link angle affiliate dari exabytes.. status glitterati dalam nuffnang saya akan hilang x??

    BalasPadam
  14. cepat kaya lah macm tu..

    BalasPadam
  15. PAK CIK KAYOOOOOOOOOOOOOO

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement